Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

PAP akan lakukan yang terbaik pastikan warga kekal bekerja: DPM Heng

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

PAP akan lakukan yang terbaik pastikan warga kekal bekerja: DPM Heng

Jul 04, 2020 | 09:12 PM



TIMBALAN Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang merupakan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC East Coast, berkata PAP faham keresahan penduduk tentang pekerjaan dan keluarga di tengah-tengah Covid-19, dan parti itu akan melakukan yang terbaik untuk memastikan warga kekal bekerja atau mendapat kerja baru.


"Kami akan terus mengukuhkan keterkaitan kita, supaya perniagaan dan rakyat mempunyai peluang di arena global.


"Dalam masyarakat,  kami akan terus menjaga keperluan anda, terutama dalam masa sukar ini," kata Encik Heng dalam Siaran Politik Kawasan Undi (CPB) sebentar tadi.


Sementara itu, Dr Mohd Maliki Osman, juga dari pasukan PAP, berkata parti itu akan membantu warga yang kehilangan pekerjaan untuk mencari pekerjaan baru dan membantu menangani kos sara hidup.


"Bantuan sentiasa ada di hujung talian. PAP telah memimpin Singapura mengatasi berbagai krisis sebelum ini. Dengan mandat dari anda, kami mampu untuk melakukannya sekali lagi," katanya yang juga Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan).


Dari pihak pembangkang Parti Pekerja (WP), Encik Abdul Shariff Aboo Kassim, menerangkan tentang Insurans Pemberhentian Kerja dan hukum anti disrkiminasi yang terkandung dalam manifesto parti itu.


"Insurans Pemberhentian Kerja akan dapat mengurangkan tekanan kewangan yang berlaku pada pekerja yang diberhentikan kerja. Keluarga pekerja juga tidak akan terjejas dengan begitu parah," katanya.


Hukum anti diskriminasi pula dicadangkan kerana "apabila persaingan dalam pasaran perkerjaan menjadi lebih kompetitif, akan ada beberapa golongan yang mungkin akan menghadapi masalah diskriminasi", kata Encik Abdul Shariff dalam CPB itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >