Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

PAP mahukan mandat kukuh rakyat untuk pimpin S'pura harungi krisis, PM Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

PAP mahukan mandat kukuh rakyat untuk pimpin S'pura harungi krisis, PM Lee

Jul 06, 2020 | 02:47 PM



PERDANA Menteri dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Encik Lee Hsien Loong berkata partinya memerlukan mandat yang kukuh dalam Pilihan Raya Umum 2020 bagi memimpin Singapura mengharungi krisis segenerasi ini.



Beliau berikrar untuk membantu Singapura mengharungi krisis ini sebelum menyerahkan kepimpinan Singapura yang ‘utuh dan berfungsi dengan baik’ kepada pasukan pemimpin yang seterusnya.



Dalam Rapat Fullerton diadakan tengah hari Selasa (6 Julai), beliau menambah negara ini memerlukan pemerintah yang berkebolehan, dengan sokongan penuh rakyatnya yang bersatu-padu dalam mengharungi krisis ini.



“Oleh itu, dalam Pilihan Raya ini, PAP inginkan bukan sahaja mandat anda, tetapi mandat yang kukuh bagi memimpin Singapura dalam krisis sekarang,’’ kata Encik Lee.



Sejak berkempen bagi Pilihan Raya ini, beliau berkata parti pembangkang tidak membentangkan idea bagi membantu negara keluar dari krisis, mengembangkan ekonomi mahupun mewujudkan pekerjaan baru.



“Mereka katakan mengenai gaji minimum, atau pendapatan asas yang universal. Ini adalah slogan waktu aman yang amat popular bukan rancangan ‘masa perang yang serius’. Bagaimana gaji minimum dapat membantu mereka yang tidak bekerja? Ini hanya menambah kos kepada majikan dan memberi tekanan untuk mereka menghentikan lebih ramai pekerja. Bagaimana kita dapat membayar gaji asas yang universal? Kenaikan GST di dunia tidak akan cukup



“Adakah anda akan mengundi parti semasa krisis yang mengeluarkan manifesto lama yang dikitar semula?’’ tanyanya.



Hakikatnya, dunia termasuk pelabur sedang meneliti keputusan pilihan raya sebelum memutuskan untuk mengambil tindakan seperti melabur di negara ini.





Mereka juga ingin melihat rakyat yang bersatu-padu dengan sokongan pemimpin yang kukuh bagi mengharungi krisis ini.



Secara tradisional, PAP sering mengadakan Rapat berdekatan di Fullerton Square setiap Pilihan Raya tetapi kali ini diadakan secara dalam talian disebabkan wabak Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >