Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

PAP perkenal empat lagi calon, termasuk seorang karyawan Melayu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

PAP perkenal empat lagi calon, termasuk seorang karyawan Melayu

Jun 26, 2020 | 12:38 PM



SEORANG lagi calon Melayu dari Parti Tindakan Rakyat diperkenalkan pagi ini.


Encik Mohamed Sharael Mohd Taha, 39 tahun, merupakan naib presiden (strategi dan pengurusan projek) di syarikat Rolls Royce.


Tiga lagi calon yang diperkenalkan Naib Pengerusi PAP, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, ialah:


- Cik Gan Siow Huang, 46 tahun, mantan ketua staf udara - Angkatan Udara Republik Singapura yang mengundurkan diri pada Mac lalu dan kini menjadi timbalan ketua pegawai eksekutif di e2i Institut Pekerjaan dan Daya Kerja.


- Cik Rachel Ong Sin Yen, 47 tahun, ketua eksekutif di firma perundingan Rohei Corporation; dan


- Encik Alex Yeo Sheng Chye, 41 tahun, pengarah di Niru & Co LLC


Dalam ucapan pengenalannya, Encik Sharael menyatakan bahawa ekonomi Singapura harus diubah untuk mempersiapkan menghadapi masa depan.


"Saya ingin bekerjasama dengan anda untuk mengembangkan kemahiran baru dan berkongsi pengalaman saya dari industri berteknologi tinggi, supaya kita dapat mencipta pekerjaan yang hebat, pekerjaan yang baik untuk masa depan keluarga kita."


Cik Gan pula berkata, misinya adalah mencari pekerjaan untuk warga Singapura agar mereka dapat memperoleh kehidupan yang lebih baik.


"Saya tahu betapa pentingnya isu pendapatan dan pentingnya mempunyai pekerjaan, untuk dapat melindungi kehidupan seseorang, dan keluarga."


Bagi Cik Ong pula, beliau komited untuk melayani rakyat Singapura dalam dua perkara.


"Yang pertama, adalah untuk melihat pemuda berjaya, dan yang kedua, adalah melihat orang dewasa kita berkembang dalam semua yang mereka lakukan."


Encik Yeo menarik perhatian bahawa trend global negara dan masyarakat menunjukkan lebih banyak polarisasi dan perpecahan.


"Saya berharap dapat memainkan peranan kecil saya dalam memberikan sumbangan untuk terus mengembangkan masyarakat inklusif kami yang kami telah bekerja keras selama bertahun-tahun untuk membangun di Singapura."


PAP sejauh ini telah memperkenalkan 23 calon muka baru bagi pilihan raya ini.  



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >