PARTI Tindakan Raykat (PAP) telah mengesahkan pasukan yang akan bertanding di GRC Jalan Besar, yang sebelum ini diterajui Dr Yaacob Ibrahim.
Mereka adalah Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo; yang berpindah dari GRC Bishan-Toa Payoh. Dua AP sebelum ini kekal di GRC tersebut, Cik Denise Phua dan Encik Heng Chee How manakala baru yang menyertai pasukan itu ialah Dr Wan Rizal Wan Zakariah.
Dr Yaacob Ibrahim bersara dari politik selepas 23 tahun. Seorang lagi anggota pasukan itu yang bersara ialah AP, Dr Lily Neo.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg