“
PARTI-PARTI pembangkang telah mengalu-alukan pengumuan pilihan raya yang jatuh pada 10 Julai.Ketua Parti Pekerja (WP) Pritam Singh menulis di Instagram sejurus Parlimen dibubarkan berkata:
"Parlimen dibubarkan: Ia adalah sangat istimewa bagi kami berkhidmat untuk anda. Sehingga berjumpa lagi."
WP turut berkongsi klip video pendek dengan kapsyen "GE2020: Akan datang" yang memaparkan beberapa individu yang dijangka bakal diketengahkan parti tersebut dalam pilihan raya tahun ini.
Parti Perpaduan Nasional (NSP) berkata pilihan raya umum (GE) bukan sahaja pilihan raya untuk memilih pemerintah yang boleh memberi respon kepada krisis seperti Covid-19 tetapi juga sebagai cara memeriksa dan memberi keseimbangan kepada Singapura.
“
Parti Kemajuan Singapura (PSP), yang diketuai Encik Tan Cheng Bock, pula berkata ia "bersedia berkhidmat kepada rakyat Singapura dan memperjuangkan masa depan yang kita semua layak ada". Sementara itu ketua Parti Rakyat Singapura (SPP) Jose Raymond, menerusi catatan di Facebook, berkata GE ialah tentang impian dan harapan rakyat Singapura, dan memastikan suara mereka didengar dan tidak ditenggelamkan, lapor The Straits Times. "Ia adalah tentang anda, jenis masyarakat yang anda mahukan... dan jenis Singapura yang anda mahu tinggalkan bagi masa depan anak anda," tulisnya. Dalam pada itu, Parti Demokratik Singapura (SDP) berkata pihaknya telah awal mempersiapkan diri bagi pilihan raya sejak kempennya dilancarkan pada Februari 2019. Ia juga telah mengemas kini dan melancarkan semula dasar antara lain mengenai pendidikan, perumahan, penjagaan kesihatan, penduduk, kos sara hidup dan majlis bandaran, kata kenyataan SDP hari ini

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg