Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Peruntukan khas untuk mengundi bagi warga S'pura jalani SHN

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Peruntukan khas untuk mengundi bagi warga S'pura jalani SHN

Jul 09, 2020 | 09:06 PM



PERUNTUKAN khas untuk mengundi disediakan bagi warga Singapura yang menjalani perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di Hotel Marina Bay Sands dan JW Marriott Hotel Singapore South Beach.


Empat pusat mengundi disediakan di Marina Bay Sands yang merangkumi dua menara berlainan, dengan setiap pusat meliputi lebih 20 tingkat, dan satu pusat di JW Marriott.


Pusat tersebut dibuka dari 8 pagi sehingga 8 malam pada Hari Mengundi, iaitu Jumaat (10 Julai).


Pusat mengundi khas itu ditubuh di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen (Aturan Khas Covid-19).


Akta itu, yang bertujuan membolehkan Singapura mengadakan pilihan raya dengan selamat di tengah-tengah pandemik koronavirus ini, membolehkan pengundi yang sedang menjalani SHN selama 14 hari di kemudahan yang ditetapkan seperti hotel, mengundi di luar divisyen pilihan raya mereka.


Ini memandangkan mereka tidak boleh meninggalkan premis tempat mereka sedang menjalani SHN.


Pada Hari Mengundi, setiap pengundi akan kekal dalam bilik masing-masing dan satu pasukan pengundian bergerak akan membawa kertas undi kepada pengundi di bilik mereka.


Apabila pasukan itu tiba di bilik mereka, pengundi perlu membuka pintu, berdiri dengan jarak sekurang-kurangnya 1 meter di dalam bilik, menanggalkan pelitup muka sebentar dan menunjukkan kad pengenalan atau pasport mereka kepada pasukan itu.


Pasukan itu kemudian akan mengesahkan identiti pengundi, menandakan rekodnya dalam daftar pengundi SHN, membaca dengan kuat divisyen pilihan raya, daerah mengundi dan nombor siri pengundi sebelum memberikan kertas undi kepadanya.

Pengundi kemudian menandakan kertas undinya secara privet dan setelah itu, memasukkan kertas itu ke dalam kotak undi.


Sekiranya bilik itu dikongsi sebuah keluarga, misalnya pasangan suami isteri atau keluarga dengan lebih seorang pengundi, pasukan pengundian akan mengulangi proses itu bagi setiap pengundi di dalam bilik tersebut.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >