Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pilih pasukan terbaik pimpin S’pura harungi krisis: Chun Sing

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Pilih pasukan terbaik pimpin S’pura harungi krisis: Chun Sing

Jul 08, 2020 | 01:05 PM



PADA hari terakhir berkempen, Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada hari Rabu (8 Julai) meminta pengundi untuk memilih pasukan terbaik yang boleh memimpin Singapura mengharungi krisis Covid-19, cabaran paling genting sejak kemerdekaan.



Ini sedang soal nyawa, mata pencarian dan masa depan kekal menjadi keprihatinan utama dalam pilihan raya ini.



Mereka turut meminta rakyat Singapura untuk memberi pengesahan jika pemerintah telah menunjukkan prestasi yang baik dalam mengatasi krisis itu sejauh ini.



Penolong setiausaha agung kedua PAP Encik Chan Chun Sing berharap pengundi akan menimbangkan pasukan terbaik yang boleh melindungi pekerjaan dan pelaburan, serta menggembleng tenaga untuk membantu pekerja dan keluarga dalam kesusahan.



“Saya berharap setiap calon dan setiap parti politik akan membentangkan rancangan dan pilihan kepada warga Singapura mengenai cara mereka mahu bantu Singapura dan rakyat mengatasi cabaran.



“Pilihan raya ini bukanlah mengenai kepentingan mana-mana individu atau parti. Pilihan raya ini adalah mengenai masa depan bersama kita,” ujar Encik Chan dalam satu sidang media maya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >