GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee: WP tiada pelan untuk tangani krisis Covid-19

Jul 4, 2020 | 5:52 PM
PM Lee Hsien Loong menyertai rapat pasukan PAP GRC Sengkang yang diadakan dalam talian.
PM Lee Hsien Loong menyertai rapat pasukan PAP GRC Sengkang yang diadakan dalam talian. -

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong memberitahu pengundi bahawa mereka harus menyokong pasukan PAP di Sengkang kerana pihak pembangkang, Parti Pekerja (WP), tidak mempunyai rancangan untuk menangani krisis Covid-19.

"Jika anda lihat kepada parti-parti pembangkang, mereka semua kata mereka mahu membantu pekerja. Sudah tentu mereka perlu berkata demikian. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai rancangan untuk menangani krisis ini," ujar beliau, dalam rapat dalam talian pasukan PAP GRC Sengkang.

Calon-calon PAP bagi GRC tersebut ialah ketua gerakan buruh, Encik Ng Chee Meng; Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Dr Lam Pin Min; Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin dan muka baru, Encik Raymond Lye.

PM Lee menyertai pasukan PAP Sengkang itu dalam rapat mereka petang tadi (4 Julai).

Mengulas manifesto WP, beliau berkata ia sekadar menyerupai pelan PAP, tapi dengan perbelanjaan yang lebih tinggi dengan menjadikan perkara-perkara tertentu lebih murah.

"Saya pun boleh buat!" Kata Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg