GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee yakin pilihan raya akan diadakan secara selamat

Jun 23, 2020 | 6:00 PM
PM Lee menyampaikan ucapan berkenaan Pilihan Raya Umum 2020 pada 23 Jun 2020. - Foto MCI
PM Lee menyampaikan ucapan berkenaan Pilihan Raya Umum 2020 pada 23 Jun 2020. - Foto MCI -

KESELAMATAN pengundi menjadi keutamaan pada Hari Mengundi, terutama dalam keadaan dunia masih berada dalam pandemik Covid-19.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata sebelum memutuskan untuk mengadakan pilihan raya, dua perkara perlu dipastikan selamat - pengundi boleh mengundi secara selamat dan parti politik boleh berkempen secara berkesan.

"Selepas meneliti isu ini, saya berpuas hati kededuanya boleh dilaksanakan," kata Encik Lee semasa berucap mengumumkan pilihan raya hari ini (23 Jun).

Oleh itu, Jabatan Pilihan Raya (ELD) akan melaksanakan beberapa langkah berjaga-jaga pada hari tersebut, tambah beliau. "Kami akan adakan lebih banyak tempat mengundi berbanding pilihan raya lalu untuk mengurangkan kesesakan. "Akan ada langkah jarak selamat di tempat mengundi dan pengundi akan diberikan slot masa tertentu untuk mengundi," umum Encik Lee. Beliau turut menambah bahawa warga emas akan diberikan keutamaan untuk mengundi berbanding pengundi lain. Untuk membolehkan calon berkempen dengan berkesan, ELD juga telah mengeluarkan garis panduan yang menitikberatkan penjagaan jarak selamat. Calon boleh membuat lawatan rumah-ke-rumah untuk berkempen sambil menjaga jarak selamat. Namun, perhimpunan fizikal tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, lebih banyak peluang bagi calon berucap kepada pengundi melalui televisyen akan diberikan, selain memanfaatkan wadah dalam talian.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg