Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Polis keluarkan nasihat keselamatan jelang Hari Mengundi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Polis keluarkan nasihat keselamatan jelang Hari Mengundi

Jul 08, 2020 | 05:12 PM



POLIS telah mengeluarkan nasihat keselamatan menjelang Hari Mengundi pada Jumaat, 10 Julai.


Dalam satu kenyataan pada Rabu (8 Julai), polis menasihatkan pengundi supaya menaiki pengangkutan awam atau berjalan kaki ke pusat mengundi semana mungkin untuk mengundi.


Pengundi tidak boleh meletakkan kenderaan mereka dalam kawasan tempat mengundi yang terletak di sekolah dan pusat masyarakat.


Polis berkata, terdapat tempat khas di pusat mengundi untuk kenderaan menurunkan warga emas atau golongan kurang upaya.


Beg dan barang-barang lain yang dibawa ke tempat mengundi pula akan menjalani pemeriksaan keselamatan.


Pengundi juga dinasihatkan untuk tidak membawa barang-barang seperti benda tajam, cecair atau gas mudah terbakar, barang besar atau beg besar.


Orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak berkeliaran di sekitar kawasan tempat mengundi.


Polis berkata, pengundi harus keluar dari tempat mengundi setelah membuang undi.


Untuk memastikan perjalanan pilihan raya berjalan lancar, tidak dibenarkan meletak kenderaan di sepanjang jalan berhampiran tempat mengundi.


Kenderaan yang didapati meletak kenderaan secara sembarangan atau menyebabkan halangan akan ditunda.


Memandangkan keadaan Covid-19, Jabatan Pilihan Raya (ELD) akan melaksanakan langkah untuk memastikan pengundian berjalan secara selamat dan lancar, kata polis.


Ini termasuk melaksanakan pemeriksaan suhu bagi semua pengundi di awal barisan, pemakaian pelitup oleh pengundi, memastikan jarak selamat sepanjang masa dan menerapkan amalan kebersihan ketat di pusat mengundi.


Orang ramai juga dinasihatkan untuk menjalankan tanggungjawab sosial dan mematuhi langkah-langkah dan nasihat pegawai pilihan raya untuk memastikan proses pilihan raya yang selamat dan lancar untuk semua orang.


Polis berkata, pihaknya akan mengawasi keadaan keselamatan dengan teliti dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana orang yang tidak bertanggungjawab, tidak mematuhi arahan pegawai pilihan raya atau yang melakukan kesalahan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >