Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Polis tangkap lelaki 48 tahun disyaki rosakkan poster pilihan raya PAP

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Polis tangkap lelaki 48 tahun disyaki rosakkan poster pilihan raya PAP

Jul 05, 2020 | 07:30 PM



POLIS telah menahan seorang lelaki berusia 48 tahun kerana didakwa merosakkan poster pilihan raya.


Kenyataan polis pada Ahad (5 Julai) berkata pada 4 Julai 2020 sekitar 9.40 pagi, polis menerima laporan bahawa poster pilihan raya Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah didapati rosak di sekitar Woodlands Street 13.


Pegawai Divisyen Polis Woodlands telah menyiasat dan mengenalpasti identiti lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan tersebut sebelum menangkapnya.


Siasatan polis sedang dijalankan.


Polis berkata adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen bagi mana-mana orang untuk mengubah, membuang, memusnahkan, menghapuskan atau mencemarkan poster atau sepanduk pilihan raya.


Pesalah boleh dikenakan denda hingga $1,000 atau penjara.


Menurut pois, pada 2 Julai 2020, seorang lelaki berusia 51 tahun telah ditangkap kerana merosakkan poster pilihan raya Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang dipasang di Bukit Batok East Ave 5.


Dalam kes lain yang berasingan, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sedang membantu siasatan terhadap kerosakan poster pilihan raya PAP di sekitar Hougang Ave 10.


Polis mengambil pandangan yang sangat tegas terhadap orang yang merosakkan atau menyebabkan kerosakan harta benda, dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka, kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >