GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PSP kemukakan enam calon terakhirnya tapi tanpa Lee Hsien Yang

Jun 26, 2020 | 5:31 PM
(DARI KIRI DI ATAS) Encik Lim Cher Hong, Cik Kala Manickam, Leong Mun Wai, Encik Terence Soon, Encik Abdul Rahman Mohamad, Encik Jeffrey Khoo Poh Tiong. - FOTO-FOTO: PARTI KEMAJUAN SINGAPURA
(DARI KIRI DI ATAS) Encik Lim Cher Hong, Cik Kala Manickam, Leong Mun Wai, Encik Terence Soon, Encik Abdul Rahman Mohamad, Encik Jeffrey Khoo Poh Tiong. - FOTO-FOTO: PARTI KEMAJUAN SINGAPURA -

PARTI Kemajuan Singapura (PSP) pada Jumaat (26 Jun) mengemukakan enam daripada 24 calon terakhirnya yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum tahun ini.

Namun, Encik Lee Hsien Yang, yang menyertai PSP tiga bulan lalu tidak dikemukakan.

Encik Lee diberikan kad keahliannya sewaktu satu pertemuan makan pagi di Pasar Tiong Bahru pada Rabu, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa beliau bakal bertanding sebagai calon. Ketua parti itu, Encik Tan Cheng Bock, memberitahu media sewaktu persidangan dalam talian bahawa barisan calon parti itu masih boleh diubah kerana terdapat lagi empat hari sebelum tibanya Hari Penamaan Calon pada 30 Jun.

Enam calon yang dikemukakan tadi ialah pengarang dan perunding kewangan bertauliah, Encik Lim Cher Hong 42 tahun; pendidik individu dewasa, Cik Kala Manickam, 52 tahun; penolong setiausaha agung parti Leong Mun Wai, 60 tahun; juruterbang Syarikat Penerbangan Singapura (SIA), Encik Terence Soon, 29 tahun; jurutera keselamatan kebakaran, Encik Abdul Rahman Mohamad, 67 tahun; dan Encik Jeffrey Khoo Poh Tiong, Ketua Pegawai Pemasaran Asia-Pasifik firma insurans antarabangsa Ed.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg