Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Sumbangan bermakna dorong anggota PAP GRC Tampines mahu terus berkhidmat: Masagos

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Sumbangan bermakna dorong anggota PAP GRC Tampines mahu terus berkhidmat: Masagos

Jun 30, 2020 | 10:45 PM



TERSENTUH dan terdorong untuk terus menjalankan tugas yang penuh bermakna.


Demikian perasaan yang dirasakan anggota pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Tampines apabila inisiatif dan program yang mereka adakan telah dapat mengubah kehidupan dan meningalkan kesan positif dalam kehidupan penduduk kawasan undi, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.


Malah, inilah faktor yang terus mendorong pasukan itu mahu terus berusaha dengan lebih gigih dan berkhidmat kepada penduduk Tampines.


Encik Masagos berkata demikian semasa berucap dalam perhimpunan dalam talian bagi pasukan PAP GRC Tampines yang diadakan di laman Facebook GRC itu pada Selasa (30 Jun).


Beliua memberi contoh kerjasama antara badan akar umbi dengan jabatan penjara untuk mengadakan program Yellow Ribbon Champion yang menghulurkan bantuan kepada keluarga banduan, seperti dari segi kewangan dan pekerjaan.


Program itu dirintis di beberapa kawasan, termasuk Tampines, dan kini dijalankan di lebih 77 divisyen serata negara.


Encik Masagos berkata biasanya ahli keluarga banduan yang terjejas adalah wanita kerana mereka telah bergantung pada suami selama ini dan tidak pernah bekerja, atau tidak tahu tentang program bantuan yang sedia ada.


Perkara ini sesuatu yang membimbangkan, terutamanya kerana kadar kebentanan - atau mereka yang kembali ke penjara selepas dua tahun dibebaskan - adalah tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam, iaitu sekitar 45 peratus.


Namun, program Yellow Ribbon Champion itu dan beberapa program lain telah membantu mengurangkan kadar kebentanan itu kepada 29 peratus.


“Kami tentunya boleh mengetepikan perkara ini dan berkata oh, ini masalah kaum minoriti...Tetapi saya tidak akan menerimanya. Saya berkata bahawa kami boleh melakukan sesuatu,” kata beliau.


Encik Masagos berkata kejayaan usaha sedemikian telah mendorong pasukannya untuk terus mahu berkhidmat kepada penduduk.


“Ini antara program di mana Yam Keng, Poh Koon, Desmond, Li Hui mendapati bahawa semua inisiatif ini telah menyentuh kehidupan dan memberi makna dalam tugas kami dan ini sebabnya mengapa kami terus kembali (untuk berkhidmat).


“Ini juga sebabnya mengapa apabila ada daripada kami diberitahu untuk bersara, kami rasa amat sedih. Ini satu-satunya tempat di dunia yang saya rasa orang berasa sedih untuk tinggalkan bukan kerana mereka akan meninggalkan kehidupan yang mewah atau meninggalkan kehidupan yang berkuasa, tidak. Ia kerana kami akan merindui perkara yang penuh bermakna dalam kehidupan kami,” kata beliau.


Encik Masagos akan menerajui pasukan PAP di GRC Tampines dalam Pilihan Raya Umum 2020 ini.


Pasukannya itu dianggotai muka baru di Tampines, Dr Koh Poh Koon, selain Encik Baey Yam Keng, Cik Cheng Li Hui dan Encik Desmond Choo.


Mereka akan menentang pasukan Parti Perpaduan Nasional (NSP) yang terdiri daripada Encik Fong Chin Leong, Encik Mohd Ridzwan Mohammad, Encik Yeo Ren-Yuan, Encik Choong Hon Heng, dan Encik Vincent Ng Kian Guan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >