Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Tiga tunjang bantu capai masyarakat Melayu gemilang: Masagos

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Tiga tunjang bantu capai masyarakat Melayu gemilang: Masagos

Jul 05, 2020 | 10:45 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata masyarakat Melayu/Islam berdiri atas tiga tiang yang tidak boleh rapuh ketika negara mengharungi krisis kesihatan dan ekonomi akibat Covid-19.


Tiga tiang itu ialah asatizah, karyawan dan pengusaha yang perlu dikuatkan lagi dan bersatu agar masyarakat menjadi terus gemilang.


Beliau, yang akan mengetuai pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Tampines dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2020 berkata demikian dalam sesi FB Live Straight Talk with PAP - Ke Arah Masyarakat Gemilang bersama Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan) Dr Mohd Maliki Osman, yang juga calon PAP di GRC East Coast, serta calon PAP di GRC Ang Mo Kio Cik Nadia Samdin pada Ahad malam (5 Julai).


Encik Masagos berkata asatizah merupakan tiang pertama yang penting untuk terus membimbing masyarakat supaya menjaga jati diri dan terhormat.

Kedua, karyawan Melayu/Islam yang hidup bergaji dan berdiri atas pendidikan dan berjati diri atas meritokrasi.


Ketiga, pengusaha Melayu/Islam yang bakal menjana kekayaan bagi masyarakat pada masa akan datang dan dapat menggajikan ramai pekerja.


“Janganlah dalam kita menjalani dan mengatasi krisis Covid-19 sekarang dan krisis ekonomi, ketiga-tiga tiang ini rapuh. Ini penting kerana kita harus fikirkan bagaimana kita boleh kuatkannya agar kita boleh jadi masyarakat yang gemilang,’’ kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >