Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Tugas pemerintah baru mula hari ini: PM Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Tugas pemerintah baru mula hari ini: PM Lee

Jul 11, 2020 | 02:08 PM



TUGAS pemerintah baru Singapura bermula hari ini dan pemerintah akan bekerjasama dengan semua rakyat Singapura untuk mengatasi cabaran dan muncul lebih kuat, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



“Dengan pilihan raya ini di belakang kita, mari kita kini bekerja sebagai satu Singapura untuk menjaminkan kehidupan kita, pekerjaan kita, masa depan kita,” kata Encik Lee dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (11 Julai).



Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi 83 kerusi daripada 93 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum 2020, dengan Parti Pekerja (WP) menawan 10 kerusi, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai parti pembangkang utama di Singapura.



Meskipun PAP menang 61.24 peratus undi, ia merupakan satu kemerosotan daripada 69.9 peratus undi yang diterima parti itu dalam pilihan raya undi 2015.



Encik Lee berkata beliau berpuas hati dengan keputusan pilihan raya kali ini secara keseluruhannya, dengan partinya mendapat mandat jelas dan keputusan menunjukkan sokongan secara meluas untuk PAP.



Pada masa yang sama, beliau berkata keputusan pilihan raya itu juga mencerminkan keperitan dan ketidakpastian yang dirasakan rakyat Singapura dalam krisis ini.



“Ini bukan pilihan raya yang menyenangkan, namun di mana rakyat berdepan dengan masalah sebenar, dan menjangkakan cuaca lebih buruk akan datang.



“Terdapat juga keprihatinan nyata yang ditimbulkan semasa kempen yang perlu kami tangani,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >