Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

PILIHAN RAYA 2020: PERKEMBANGAN TUMPUAN: ISU BANDARAN SMC PUNGGOL WEST

Xueling kini dapat tumpu perhatian pada isu relevan

Jul 08, 2020 | 05:30 AM



SEMASA pilihan raya umum lalu, beliau bertanding bersama sepasukan calon di GRC Pasir Ris-Punggol yang mempunyai lebih 180,000 pengundi.



CABARAN BERBEZA



Namun kali ini, Cik Sun Xueling berkempen sendiri kerana calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) itu akan bertanding di SMC Punggol West bagi Pilihan Raya Umum 2020.



SMC Punggol West, yang mempunyai lebih 26,000 pengundi, merupakan SMC yang baru dibentuk dan merupakan sebahagian daripada GRC Pasir Ris-Punggol sebelum ini.



"Pasir Ris berbeza sedikit berbanding Punggol.



"Punggol merupakan sebuah bandar baru manakala Pasir Ris (estet) lebih lama," ujarnya dalam satu wawancara dengan Berita Harian di Punggol Way kelmarin.



Namun menurut Cik Sun, berkempen di SMC baru itu memberinya lebih fleksibiliti untuk menumpukan tenaga dan masa khusus kepada isu yang relevan kepada penduduk di kawasan undi itu.



Ini termasuk cabaran yang dihadapi ibu bapa muda serta isu pekerjaan dan mata pencarian.



DEKATI DAN BANTU PENDUDUK



Tambahnya, beliau juga telah melancarkan beberapa khidmat khusus buat penduduk setempat termasuk klinik guaman dan pekerjaan di dalam talian.



Menerusi usaha itu, Cik Sun berkata beberapa peguam telah tampil membantu menjawab soalan penduduk tentang hal undang-undang serta hak dan kewajipan mereka.



Sementara terdapat inisiatif SGUnited Jobs di peringkat nasional, beliau berkata penduduk yang diberhentikan kerja atau menghadapi ketidakpastian tentang kerja mereka mungkin mahu tahu di mana mereka boleh pergi untuk mendapatkan bantuan dan bercakap dengan pihak relevan dekat dengan mereka.



Malah, beliau turut mengadakan sesi Instagram Live beberapa kali bersama Ustaz Mizi Wahid tentang pelbagai topik termasuk pekerjaan dan mempersiap diri bagi dunia pasca Covid-19 serta cabaran dan peluang yang dihadapi keluarga muda di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Menganggap penting usaha menghubungkan penduduk kepada tahap perkhidmatan terakhir, Cik Sun dan pasukannya juga telah mengumpul dana sebanyak $200,000 yang dinamakan Dana Prihatin Punggol West (Punggol West Cares Fund) buat penduduk kawasan undi itu yang menghadapi kesukaran dan tidak boleh memanfaatkan skim pemerintah kerana tiada skim tertentu untuk memenuhi keperluan khusus mereka.



Sebagai contoh, salah seorang penduduk berkongsi dengannya bahawa beliau mempunyai hutang daripada pinjaman ubah elok rumah yang masih tertunggak dengan jumlah bunga yang semakin bertambah sedangkan jumlah pokok masih tidak terbayar.



"Oleh itu, kami menggunakan dana itu untuk memberi bantuan sekali sahaja kepadanya kerana jika tidak, beliau akan rasa amat tertekan dan anaknya juga tertekan," ujarnya.



Kehadiran Cik Sun di Punggol West dan usahanya mendekati penduduk di kawasan undi itu sepanjang lima tahun lalu membolehkannya mengenal pasti cabaran dan isu yang dihadapi penduduk dengan cepat.



Tambahnya, beliau turun padang ke sana empat hingga lima kali seminggu termasuk bagi Sesi Bertemu Penduduk dan lawatan ke rumah penduduk, dengan Cik Sun cuba melawat sekurang-kurangnya satu atau dua blok seminggu.



"Ini kerana penduduk perlu tahu bahawa saya hadir di sini dan ini juga cara saya mengenali mereka dengan lebih dekat.



"Ini tanggungjawab saya kepada penduduk kerana mereka telah mengundi saya," kata ibu dua anak yang berusia tiga dan enam tahun itu.



BELAJAR BAHASA MELAYU



Beliau juga mula belajar bahasa Melayu baru-baru ini untuk menjalin hubungan lebih mesra dengan penduduk, lebih-lebih lagi dengan penduduk Melayu.



Meskipun beliau akur kebanyakan orang boleh berbahasa Inggeris sekarang, Cik Sun berkata beliau tetap terdorong belajar bahasa Melayu kerana ingin menggunakan frasa mudah seperti 'boleh saya bantu anda?' dan 'anda sihat?' agar lebih mesra semasa bertemu dan bercakap dengan penduduk Melayu.



Meskipun terdapat ramai keluarga muda di Punggol West, terdapat juga warga emas dan kebolehannya bertutur dalam bahasa Melayu dapat sedikit sebanyak membantunya memulakan perbualan dengan mereka, antara lain dengan sapaan 'apa khabar, mak cik pak cik?'.



Namun, beliau akui kadangkala penduduk tidak faham apa yang dikatakannya dalam bahasa Melayu.



"Kadang-kadang apabila saya bercakap dengan mak cik, mak cik itu tengokkan saya saja, jadi saya cuba lagi," ujarnya sambil tertawa.



Tambahnya, penduduknya juga 'Cikgu' yang membantunya memperbaiki bahasa Melayu beliau.



Bercakap dalam bahasa Melayu semasa wawancara dengan akhbar ini, Cik Sun berkata:



"Kepada penduduk Punggol West, saya telah berkhidmat bersungguh-sungguh untuk anda selama lima tahun.



"Saya harap diberi peluang untuk terus berkhidmat (bagi) anda dan sama-sama dapat meraih ilmu daripada anda semua."




Ini kerana penduduk perlu tahu bahawa saya hadir di sini dan ini juga cara saya mengenali mereka dengan lebih dekat.



Ini tanggungjawab saya kepada penduduk kerana mereka telah mengundi saya.



Kepada penduduk Punggol West, saya telah berkhidmat bersungguh-sungguh untuk anda selama lima tahun.



Saya harap diberi peluang untuk terus berkhidmat (bagi) anda dan sama-sama dapat meraih ilmu daripada anda semua."
- Cik Sun Xueling, calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang akan bertanding di SMC Punggol West bagi Pilihan Raya Umum 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >