Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Ye Kung tarik balik video paparkan budak sekolah kerana langgar undang-undang pilihan raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Ye Kung tarik balik video paparkan budak sekolah kerana langgar undang-undang pilihan raya

Jul 02, 2020 | 06:24 PM



 



MENTERI Pendidikan Ong Ye Kung telah menarik balik video tiga-minit dari laman Facebook beliau yang mengetengahkan seorang kanak-kanak yang tinggal di Sembawang setelah beliau diberitahu ia melanggar undang-undang pilihan raya.



“Saya telah bersembang dengan seorang kanak-kanak, Jony, yang tinggal di Sembawang mengenai bagaimana kejiranan ini tempat yang baik untuk membesar. Jony baik budaknya dan kami seronok bersembang, dan kami menghasilkan video ringkas,” kata Encik Ong dalam catatannya di Facebook.



“Bagaimanapun, kami telah diberitahu oleh pihak berkuasa bahawa ini melanggar undang-undang pilihan raya. Justeru, kami telah memuat turun video tersebut dan meminta maaf atas kesukaran yang berlaku,” tambah beliau.



Akta Pilihan Raya Parlimen melarang pelajar sekolah rendah dan menengah daripada mengambil bahagian dalam kegiatan pilihan raya antara tempoh Hari Penamaan Calon dan Hari Mengundi.



Ini bermakna mereka tidak dibenarkan tampil dalam video atau mengambil bahagian dalam kegiatan yang mempromosikan mana-mana parti politik.



Encik Ong sedang memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang bertanding di Sembawang GRC.



Dalam video itu, Jony yang memakai seragam sekolah dan tinggal di Sembawang Crescent, antara lain bercakap mengenai kemudahan di Sembawang yang disukainya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >