Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Penyanyi Stompin' Ground Hafidz Samsudin meninggal dunia akibat serangan jantung

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Penyanyi Stompin' Ground Hafidz Samsudin meninggal dunia akibat serangan jantung

Feb 24, 2022 | 09:17 PM




PENYANYI kumpulan muzik 'hardcore' Stompin’ Ground, Hafidz Samsudin, meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu (23 Feb).



Allahyarham berusia 50 tahun.



Ibunya, Cik Khatijah Abdul Wahid, 76 tahun, mendapati beliau tidak sedarkan diri di dalam biliknya di flat mereka di Chai Chee kira-kira jam 2 petang.



Beliau dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH), di mana beliau disahkan meninggal dunia.



Sijil menyenaraikan punca kematian adalah penyakit jantung iskemia, lapor The Straits Times.



Menurut Cik Khatijah, anak bujang yang nama penuhnya Mohammad Hafidz Samsudin itu mempunyai sejarah sakit jantung dan beberapa kali dimasukkan ke hospital.



Allahyarham merupakan anak sulung daripada empat anaknya.

Hafidz ialah pengasas bersama Stompin’ Ground, sebuah kumpulan muzik yang ditubuhkan pada 1988 oleh sekumpulan pemain papan selaju yang menerajui dunia punk Singapura yang sedang berkembang pesat ketika itu.



Graduan dari Kolej Seni Lasalle itu telah menyanyi dalam kaset demo pertama kumpulan itu, Gray (1990). CD sulung mereka, We Set The Pace (1993), dikeluarkan di bawah Skin, subsidiari bagi cetakan label rekod dari Jepun, Pony Canyon.



Dalam ulasan 1993, pengkritik muzik mendiang, Chris Ho menulis bahawa album itu menandakan kebangkitan kumpulan itu “daripada sedikit harapan teras keras (hardcore) kepada kumpulan barisan hadapan yang mengagumkan muzik ‘underground-rock’ Singapura”.



Pada tahun 1995, album kedua mereka Measured By The Richter Scale, memuncak di nombor dua dalam Carta Metal Billboard Australia.



Walaupun muzik mereka berat dan lantang, lirik mereka menyentuh isu seperti alam sekitar, penderaan haiwan, keburukan penyalahgunaan bahan dan nilai persahabatan. Hafidz menulis kebanyakan lirik mereka.



Ramai pemuzik daripada kumpulan muzik yang merupakan sebahagian daripada persada muzik ‘underground’ tempatan menghadiri upacara pengebumian di tanah perkuburan Islam, Pusara Abadi di Lim Chu Kang pada petang Khamis.



Antaranya ialah sepupunya, pengasas bersama Stompin’ Ground dan pemain gitar, Suhaimi Subandie.



“Beliau seorang yang sangat mudah mesra dan seorang pendengar yang sangat baik. Tetapi apabila beliau berada di atas pentas, beliau sangat marah.



“Saya tidak pernah melihat mana-mana 'frontman' lain di Singapura yang boleh menandingi kehadiran pentasnya. Siapa lagi yang boleh menyanyi sambil membuat 'headstand'?” kata Suhaimi. 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >