Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Will Smith minta maaf selepas sepak Chris Rock

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Will Smith minta maaf selepas sepak Chris Rock

Mar 29, 2022 | 03:47 PM



LOS ANGELES: Pelakon Will Smith telah meminta maaf kepada Chris Rock semalam (Isnin, 28 Mac) setelah menyepak pelawak itu semasa majlis Oscar pada Ahad lalu.



Smith mengeluarkan kenyataan meminta maaf selepas akademi filem berkata ia mungkin mengambil tindakan terhadapnya berikutan kejadian tersebut.



Dalam pos di Instagramnya, Smith berkata, tindakannya "tidak boleh diterima dan tiada alasan".



Dia telah naik ke pentas dan menyepak muka Rock selepas pelawak itu membuat lawak tentang penampilan isteri Smith, Jada Pinkett Smith yang botak akibat penyakit alopecia.



"Lawak yang ditujukan kepada saya merupakan sebahagian tugas saya, tapi lawak tentang kondisi perubatan Jada terlalu berat untuk saya tanggung dan saya telah bertindak dengan emosi.



"Saya malu terhadap perbuatan saya," kata Smith.



Dalam pos yang sama, Smith turut meminta maaf kepada Rock dan Akademi. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >