Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

10,000 dijangka sertai majlis Maulud Nabi anjuran Jamiyah

Feb 28, 2014 | 07:43 AM



PRESIDEN Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, masih ingat lagi kali pertama beliau menyertai majlis Maulidur Rasul anjuran badan Melayu/Islam itu pada awal 1970-an.


Pada waktu itu, beliau baru berusia 10 tahun, namun tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam kuiz agama yang diadakan sehingga berjaya melangkah ke peringkat akhir.


Esok, apabila Jamiyah menganjurkan majlis Maulidur Rasul bagi mengenang jasa serta perjuangan Rasulullah saw, Dr Hasbi, seperti tahun-tahun sudah, akan menyertai perarakan serta ceramah yang akan diadakan.


Beliau menjemput masyarakat Melayu/Islam bersama sekitar 34 badan lain menjayakan dan memeriahkan acara yang akan diadakan di Stadium Bedok itu.


Dr Hasbi berharap majlis tahun ini, yang membawa tema 'Keranamu Ya Rasulullah', dapat menarik sekitar 10,000 peserta.


Orang ramai dijemput hadir pada 6.45 petang untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah sebelum menyambut kedatangan tetamu terhormat, Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob.


Syarahan oleh Habib Ali Zainal Abidin dari Malaysia akan bermula sejurus selepas itu sekitar 8.15 malam.


Beliau akan menyampaikan ceramah tentang cara Rasulullah saw mendidik keluarga.


Semua hadirin kemudian diajak ke trek di stadium tersebut untuk bersama-sama berarak sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw - satu amalan Jamiyah bagi majlis Maulidur Rasul setiap tahun.


Pendakwah bebas popular dari Malaysia, Ustaz Mohammad Kazim Elias, pula akan menyusuli dengan syarahan mengenai cara Rasulullah saw melahirkan kasih sayang bagi memupuk keharmonian keluarga.


Berbeza dengan tahun-tahun sudah, majlis tahun ini tidak akan menampilkan persembahan artis-artis tanah air atau dari seberang tambak untuk mendendangkan lagu-lagu dakwah.


Menurut Dr Hasbi, perubahan itu dibuat berdasarkan maklum balas peserta majlis-majlis Maulidur Rasul lalu yang mahu lebih banyak masa diperuntukkan kepada syarahan oleh para asatizah berbanding dendangan lagu.


"Tahun ini, setiap ustaz mempunyai lebih satu jam untuk berceramah. Kami berharap ia tidak menghampakan para peserta yang hadir." kata Dr Hasbi.


Tema kekeluargaan akan diteruskan dalam beberapa program lain yang akan dianjurkan Jamiyah Mac dan April ini.


Pada 29 Mac, dua penceramah terkenal dari Amerika Syarikat, Richard dan Linda Eyre, dijemput untuk berkongsi tip mengenai kekeluargaan dan keibubapaan.


Pada 5 April pula, ia akan menganjurkan simposium mengenai keluarga dan keibubapaan yang akan disampaikan dalam tiga bahasa - Melayu, Inggeris dan Tamil.


Sempena bulan kelahiran Rasulullah saw juga, Jamiyah akan menganjurkan program empat jam tentang perubatan Rasulullah saw serta keajaiban perubatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran.


Program itu akan diadakan lusa di Pusat Pendidikan Jamiyah dan akan disampaikan oleh penceramah program Tanyalah Ustaz di saluran TV9 Malaysia yang juga pengamal perubatan Islam masyhur, Ustaz Sharhan Shafie.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >