Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Agar semangat kepedulian sesama insan dipupuk selepas Ramadan

May 12, 2021 | 05:30 AM



KITA bersyukur kepada Allah kerana sekali lagi kita dapat mendakapi bulan mulia Ramadan.



Sebagai Mukmin, kita tidak melepaskan peluang yang terbuka itu untuk semakin mendekatkan diri kepada Allah dengan berpuasa di siang hari dan di malamnya pula, ke masjid-masjid untuk bertarawih, menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan, memperbanyakkan bersedekah, membaca Al-Quran di samping ibadah-ibadah lainnya.



Ia amat berbeza dengan tahun lalu kerana peluang ke masjid telah disekat pandemik Covid-19.



Semoga Allah swt mengangkat wabak ini segera dan selamanya agar nikmat berjemaah di masjid dapat diteruskan.



Di waktu seperti inilah, kelihatan dengan jelas usaha untuk menyucikan diri agar hubungan dengan Allah semakin kukuh.



Dan di waktu yang sama, usaha merapatkan hubungan sesama manusia, dilakukan apabila ramai yang menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan dengan mengagihkan jamuan berbuka kepada fakir miskin atau memberikan bantuan makanan kepada bukan Muslim agar hubungan sesama insan terjalin erat.



Inilah keindahan Islam, di mana penganutnya mengambil berat tentang masalah masyarakat tanpa membezakan warna kulit dan kepercayaan.



Keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan bantuan bukan semata-mata dorongan rasa simpati dan belas tetapi ia dipupuk oleh kepercayaan kita kepada Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.



Nama yang terukir kukuh menjadi permulaan surah Al-Fatihah yang kita baca setiap hari puluhan kali.



Kepedulian sesama makhluk yang berkongsi hidup di dunia ini tidak harus dipandang ringan kerana apalah ertinya seorang yang mengaku beriman tetapi hatinya keras dan tidak peka kepada persekitaran yang mengharapkan bantuan dan pertolongannya.



Peribahasa Melayu mengajar kita, sedikit sama dicecah, banyak sama dirata.



Bantuan ini semestinya tidak kita menunggu hingga kita menjadi kaya tapi hendaklah berterusan sehingga kita menjadi kaya.



Sikap ini menepati sebuah hadis diriwayatkan oleh Imam At-Taubrani bermaksud:



"Tidak beriman kepadaku sesiapa tidur dalam keadaan kenyang dan jiran di sisinya lapar dan dia mengetahuinya."



Perhatikan maksud dari sebahagian ayat 103 surah Al-Imran:



"Dan berpegang teguh lah kamu sekalian kepada tali Allah iaitu agama Islam dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan iaitu semasa jahiliah dahulu.



"Lalu, Allah menyatukan di antara hati kamu sehingga kaum bersatu padu dengan nikmat Islam".



Banyak pengajaran dari ayat ini yang antara lain, Allah swt memerintahkan kita sentiasa kukuh berpegang dengan ajaran Islam, juga mengukuhkan hubungan sesama Mukmin dan menunjukkan keindahan agama ini dengan menjaga hubungan dengan masyarakat majmuk.



Dalam menjaga hubungan, tidak wajar mempunyai kepentingan atau agenda tertentu bagi diri dan kelompok tertentu sesuai dengan seruan, berpegang teguh kepada tali Allah.



Mencari keredaan Allah bukan hanya melakukan ibadah ritual semata-mata tetapi kesan daripada ibadah itu perlu difahami sehingga membentuk sikap dan mencorakkan kehidupan.



Hidup seperti yang dipamerkan oleh Baginda Rasulullah saw, sesuai dengan apa yang difirman Allah di dalam Al-Quran, bermaksud:



"Dan bagi kamu, pada diri Rasulullah saw itu, contoh yang baik."



  • Penulis kadi di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >