Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Aktivis silang agama yakin toleransi perkukuh perpaduan

Aug 08, 2021 | 05:30 AM



Mencintai tanahair dan warga senegara adalah antara ciri-ciri seorang Muslim yang baik. Junjungan kita Nabi Muhammad saw mengingatkan umatnya: "Cinta pada tanahair adalah sebahagian daripada amalan agama". Sememangnya seorang Mukmin yang sejati, mencintai negaranya dengan seluruh jiwa dan raga, serta berusaha untuk menjaga kepentingan tanah tumpah darahnya itu. Di Singapura, keharmonian kaum dan agama merupakan teras kehidupan bermasyarakat serta nilai penting yang memacu kemakmuran berterusan negara ini. Sempena Hari Kebangsaan esok, HIDAYAH memaparkan kisah dua belia yang bekerja keras menjadikan misi mereka untuk menyumbang kepada usaha memperkukuh hubungan penganut berbilang agama di sini.




MENDALAMI ilmu silang agama dan melibatkan diri dalam program-program berkaitan membolehkan belia keluar dari zon selesa dan memahami nilai serta kepercayaan agama lain.



Ini akan membentuk mereka menjadi insan yang lebih berempati dan sensitif terhadap penganut agama lain serta amalan mereka.



Demikian dinyatakan eksekutif Pusat Harmoni, Encik Muhammad Ashraf Yusoff Subri, ketika diminta pandangan beliau tentang pentingnya usaha silang agama dalam negara berbilang kepercayaan seperti Singapura.



"Hubungan kita dengan penganut agama lain boleh berkembang lebih lanjut melebihi sekadar tahap toleransi ke penerimaan dan pemahaman.



"Semangat belia untuk mengetahui lebih banyak boleh membawa kepada perbincangan organik yang lebih mendalam dan program-program inovatif. Ini menyumbang secara ketara kepada pengukuhan perpaduan sosial Singapura bagi generasi akan datang," katanya.



Encik Ashraf, 29 tahun, mula melakukan kerja silang agama sejak sekitar sedekad lalu iaitu sebelum dan semasa menjalani perkhidmatan negara.



Pada waktu itu beliau menjadi relawan bagi beberapa pertubuhan yang melakukan kerja kemanusiaan setempat yang melibatkan kerjasama dengan pertubuhan daripada agama lain.



Minat itu berkembang apabila beliau kemudian bekerja dalam bidang melibatkan masjid di mana sebahagian tugasnya termasuk menjalin rangkaian dan hubungan dengan pertubuhan keagamaan lain yang terletak dalam kawasan sama.



"Kami ke tapak agama mereka untuk belajar lebih mendalam tentang kepercayaan mereka, nilai yang mereka pegang, dan juga kerja yang mereka lakukan untuk masyarakat mereka.



"Saya melihat nilai, tujuan dan makna di sebalik penglibatan dalam persaudaraan silang agama," kata Encik Ashraf.



Kini, selain bertugas di Pusat Harmoni, yang antara lain bertujuan memupuk perpaduan antara kaum berbilang bangsa dan agama di Singapura, bapa seorang anak itu turut terlibat dalam Pusat bagi Pemahaman Antara Agama (Cifu) sebagai peserta aktif program perbincangan Hard 2 Heart.



"Islam adalah sebuah agama yang menggalak keamanan dan cinta terhadap semua masyarakat dan adalah lebih penting untuk menghidupkannya dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama seperti Singapura," kata Encik Ashraf.



Seorang lagi penggiat silang agama muda, Cik Aisyah Aminah Shamsuria, 22 tahun, pula berkata kerja silang agama membuatnya rasa rendah hati sambil meningkatkan pemahaman dan pengetahuannya dalam pelbagai perspektif.



Pelajar tahun empat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Usul Ad-Din dan Perbandingan Agama itu mula berminat dalam usaha tersebut setelah mengikuti modul pengajian Agama Dunia dan Dialog Silang Agama.



"Sejak itu saya mula mencari dan mengambil bahagian dalam banyak dialog silang agama dan persidangan penaakulan kitab (scriptual reasoning). Ternyata, kepelbagaian adalah sebahagian daripada ciptaan unik Allah swt," katanya.



Cik Aisyah sendiri telah terdedah kepada kepelbagaian etnik, kaum dan tradisi apabila menuntut di sekolah antarabangsa Saudi di Kuala Lumpur selama 12 tahun bersama dua abang dan dua adik perempuannya.



Antara pengalaman silang agama pertamanya ialah apabila beliau menemui penduduk asli di Gua Musang, Kelantan, yang majoriti mereka menganut animisme, dan ada segilintir menganut agama Kristian dan Islam, untuk tujuan pendidikan dan penyebaran Islam.



"Menemui orang-orang yang baik hati dan rendah hati membuat saya sedar bahawa terdapat ramai orang yang lebih berhak mendapat pendidikan dan peluang. Ini menguatkan lagi semangat saya untuk berkhidmat kepada orang lain sebaik mungkin dan mengongsi berkat pengajaran Allah swt," katanya yang sedang menjalani latihan amali di Cifu sebagai penolong program.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >