Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Azam tahun baru perlu bagi kecapi hala tuju hidup

Jan 16, 2022 | 05:30 AM



Ustaz, kenapalah orang suka nak buat azam tahun baru, perlu sangat ke?



Wahai Abang, Imam al-Ghazali pernah menyebutkan dalam kitabnya, Bidayatul Hidayah, keberkatan waktu akan timbul apabila kita mengaturnya.



Adakalanya, kita melalui kehidupan berdasarkan secara "default" tanpa kesadaran akan apa yang kita sebenarnya sedang lakukan.



Sebahagian individu terjerumus dalam perangkap "go with the flow" bererti hanya menuruti tanpa dari masa ke semasa bertanya ke manakah hala tuju kita dalam kehidupan.



Meskipun Nabi reda dengan ketentuan Allah, itu tidak menghalang Nabi saw daripada menyimpan keperluan makanan bijiran untuk keluarganya bagi jangka masa setahun (Bukhari).



Untuk itu, tanyalah diri anda, bilakah kali terakhir kita mengambil sejenak untuk bertanya beberapa soalan seperti berikut:



  • Apakah matlamat yang ingin aku capai dari sudut kehidupan berkeluarga, pekerjaan, beragama dan sebagainya?

  • Apakah yang telah aku capai sejauh ini?

  • Adakah aku merasa jauh mahupun dekat dengan Allah dan Rasulullah?

  • Ke manakah ingin aku bawa anak-anakku dalam kehidupan ini?

  • Insan yang bagaimanakah ingin kita bangunkan dalam diri mereka?

Meskipun demikian, adakalanya aturan dan ketentuan Allah mungkin tidak selari dengan perancangan kita.



Apa yang kita inginkan tidak menjadi seperti yang diidamkan. Ini termasuklah perkahwinan, pekerjaan, keluarga, kewangan dan sebagainya.



Ingatlah Abang, seorang Mukmin yakin bahawa hikmah Ilahiah adalah luar biasa.



Kita tidak akan serta merta sedar akan kebaikan yang Allah inginkan di sebalik perkara yang menjejas perancangan kita.



Namun, sesuatu halangan atau ujian yang menghalang perancangan itu kemungkinan sahaja adalah untuk mengelakkan kesan negatif yang lebih teruk lagi.



Maka sebagai seorang Mukmin setiap berdepan musibah yang menjejas perancangannya akan mengingatkan dirinya dengan doa yang Nabi akarkan iaitu:



Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un, Allahumma ajurni fi musibati wakhluf li khairan minha yang bermaksud:



Sesungguhnya kami adalah milk Allah dan kepadaNya kami kembali.



Ya Allah, kurniakan daku pahala atas musibah ini dan gantikan bagi sesuatu yang lebih baik daripadanya.



Marilah kita terus merancang dan semoga yang terjejas perancangannya digantikan dengan yang lebih baik oleh Allah s.w.t. Amin.



  • Penulis guru agama setempat dan lulusan jurusan undang-undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >