Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID BENCOOLEN

Bakal dibuka kepada jemaah hujung tahun ini jika semua jalan lancar

Masih perlu dana sekurang-kurangnya $750,000
Jul 30, 2021 | 05:30 AM



SEKIRANYA semua kerja naik taraf Masjid Bencoolen berjalan dengan lancar, masjid ini bakal dibuka untuk kegunaan para jemaah pada Disember tahun ini.



Demikian menurut Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq.



Masjid Bencoolen telah menjalani kerja peningkatan untuk menampung kira-kira tiga kali lebih ramai orang sejak 2019.



Kerja peningkatan itu akan membolehkan masjid tersebut menampung 1,450 orang berbanding 450 orang sekarang.



Antara kerja naik taraf ini termasuk membina dewan solat wanita yang baru, meluaskan dewan serbaguna, memperbaiki pejabat masjid dan kelas madrasah.



Kini, menurut Encik Mohamed Rafeeq, kawasan dewan solat utama dan dewan serbaguna masjid sudah hampir 70 peratus siap, manakala tingkat dua dan tiga masjid sudah hampir 80 peratus siap.



Kawasan depan masjid pula sedang dalam proses naik taraf.



"Keadaan Covid-19 menjejas sedikit kerja-kerja naik taraf masjid. Namun, atas kesungguhan pihak kontraktor dengan sokongan masjid dan Warees, ia dapat mengurangkan masalah tersebut dan kerja-kerja naik taraf dapat dilaksanakan walaupun dalam keadaan kesempitan mendapatkan pekerja," kata Encik Mohamed Rafeeq.



Biarpun perkembangan kerja-kerja naik taraf amat menggalakkan, namun masjid masih bertungkus lumus mencukupkan dana yang masih berkurangan.



Menurut Encik Mohamed Rafeeq lagi:



"Setakat ini, dana sebanyak $3.25 juta telah dapat dikumpulkan dari sumbangan masyarakat Islam Singapura.



"Bagaimanapun, Masjid Bencoolen masih memerlukan dana sebanyak $750,000 lagi.



"Perkembangannya agak kurang dan pihak masjid ingin merayu masyarakat Islam untuk terus membantu agar dana yang masih diperlukan dapat dikumpulkan sebelum selesai kerja-kerja naik taraf masjid," kata Encik Mohamed Rafeeq.



Justeru, antara usaha pihak masjid untuk mengumpul dana ialah melalui surat rayuan, tabung keluarga, kupon martabak amal, ceramah online dan jualan barang-barang secara online.



Lantaran itu, pihak masjid merayu masyarakat Islam untuk terus menghulurkan derma seikhlasnya agar rumah Allah yang dibina atas asas takwa dan iman ini dapat terus dimanfaatkan oleh semua masyarakat Islam, kata Encik Mohamed Rafeeq.



Masjid Bencoolen yang berusia 194 tahun asalnya dibina antara 1825 dengan 1828 oleh pekerja Muslim India yang dibawa dari India ke Bengkulu, Indonesia, oleh orang British.



Ia kemudian dirobohkan dan dibina semula pada 1999.



Pada 2002, tapak wakaf itu dibangunkan semula dengan sebuah blok apartmen kediaman dan beberapa kedai komersial juga dibina



Antara lain, Masjid Bencoolen akan dilengkapi dengan lima aras untuk kegunaannya berbanding hanya dua sekarang.



Kemudahan seperti lif dan ruang bebas hadangan juga akan dibina bagi menjadikan masjid itu lebih mudah diakses pelbagai lapisan masyarakat.



Ruang solat diperluas, tambahan bilik darjah serta kemudahan mesra golongan kurang upaya dan warga emas.



Masjid Bencoolen yang baru nanti akan mempunyai reka bentuk yang lebih Islamik, ruang yang luas, kemudahan mesra Muslim di apartmen kediaman dan kedai komersial halal.




"Setakat ini, dana sebanyak $3.25 juta telah dapat dikumpulkan dari sumbangan masyarakat Islam Singapura. Bagaimanapun, Masjid Bencoolen masih memerlukan dana sebanyak $750,000 lagi. Perkembangannya agak kurang dan pihak masjid ingin merayu masyarakat Islam untuk terus membantu agar dana yang masih diperlukan dapat dikumpulkan sebelum selesai kerja-kerja naik taraf masjid.''
- Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >