Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Berazam contohi peribadi Rasulullah

Mar 08, 2019 | 05:30 AM



JUNJUNGAN besar Nabi Muhamad saw nerupakan insan paling mulia yang membawa rahmat ke seluruh alam.



Kehebatan Rasulullah saw dalam semua aspek sama ada keimanan, kepimpinan ataupun akhlak tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun di muka bumi ini.



"Kalaulah anda mengenali Rasulullah, hari-hari anda akan buat maulid," kata Ustaz Muhamad Nuzhan Abdul Halim dalam ceramah 'Maulid' di Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, baru-baru ini.



Menyambut kelahiran atau maulid Nabi saw tidak cukup dengan berselawat.



Lebih utama ialah keazaman mahu mencontohi peribadi baginda yang amat mulia.



Mereka yang terzahir tanda cintanya itu pada dirinya akan mencontohi baginda saw dengan melaksanakan sunah baginda; mengikuti kata dan amalan baginda dan beradab dengan adab Nabi saw baik dalam keadaan susah mahupun senang.



Dengan demikian, barulah terbukti kecintaan kita kepada Rasulullah saw.



Ini sebagaimana dijelaskan menerusi firman Allah swt yang bermaksud:



"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali-'Imran: 31)



Ayat tersebut merupakan petikan kata daripada ulama terdahulu yang begitu cinta dan sayang akan junjungan besar Nabi Muhammad saw.



Ustaz Muhamad Nuzhan turut menerangkan tentang kepentingan maulid bagi menimbulkan rasa cinta kepada Rasulullah.



QASIDAH MAULID



Thola'al BadruAlaina, min thaniyyatil-Wada (Apabila Terbit Bulan Purnama, Cahayanya Menyinari Kita.)



Begitulah alunan dan lirik daripada Ustaz Muhammad Nuzhan yang sangat merdu.



Qasidah tersebut sudah 'hidup' beribu tahun sejak zaman kelahiran Rasulullah saw.



Ia menggambarkan perihal wajah Nabi yang bercahaya seperti bulan purnama dengan masyarakat Madinah terpukau akan keindahan wajah Rasulullah saw.



Apabila Nabi Muhammad datang ke kota Madinah, masyarakat di sana menyanyikan qasidah tersebut sebagai tanda gembira dengan kedatangan baginda.



Apabila paderi atau pendeta Yahudi melihat cara, senyuman, tutur kata dan perilaku Nabi Muhammad, mereka jatuh hati lalu memeluk agama Islam.



"Secara jelas, lagu tersebut memberikan gambaran tentang keistimewaan Rasulullah. Oleh itu, kita perlu jadikan qasidah tersebut sebagai sebuah lagu yang bererti dalam hidup kita bagi mengenang keindahan dan kemuliaan Nabi Muhammad,'' ujar Ustaz Muhammad Nuzhan.



Antara cara lain mencerminkan rasa cinta kita kepada Rasulullah adalah dengan menghayati keperibadian, sirah perjuangan dan pengorbanan Nabi ketika zaman dahulu.



KASIH SAYANG RASULULLAH



Kemuliaan Rasulullah terserlah melalui keperibadian baginda yang bersifat penyayang.



Baginda menggalakkan umatnya agar mengasihi antara satu sama lain.



Daripada Abu Hurairah ra, beliau berkata:



"Rasulullah pernah mencium Hasan bin Ali sedangkan di sisi beliau ada Aqra' bin Haabis at-Tamimiy lagi duduk, maka berkata Aqra': 'Saya mempunyai 10 anak, tidak pernah saya mencium seorang pun antara mereka'.



"Oleh itu, baginda memandang kepada Aqra' kemudian baginda bersabda: 'Barang siapa yang tidak mengasihani, maka dia tidak akan dikasihani'."



Tuntasnya, ibu bapa digalakkan supaya mengajarkan hadis pertama kepada anak-anak mereka tentang 'Rahmah' atau kasih sayang.



Hadis ini dikenali sebagai 'Musalsal Bil Awwaliyah' iaitu hadis turun-temurun yang pertama diajarkan oleh seorang guru agama kepada seorang murid.



Hadis ini, menurut Ustaz Muhammad Nuzhan, memperlihatkan bahawa Rasulullah menekankan perihal berkasih sayang antara seluruh umat Islam.



"Kasih sayang Nabi kepada umatnya juga jelas kelihatan semasa akhir hayat baginda. Sebelum kelahiran kita lagi, Nabi sudah menyatakan sayang dan rindunya pada kita sehingga Rasulullah menitiskan air mata,'' ujarnya.



KERINDUAN NABI TERHADAP UMATNYA



Dalam sebuah hadis yang berbunyi:



"Ketika baginda hampir pada mautnya, Nabi menangis. Lalu, para sahabat bertanya: 'Apa yang membuatmu menangis ya Rasulullah?' Beliau menjawab: 'Aku rindu kepada saudara-saudaraku'.



"Mereka berkata: 'Bukankah kami saudara-saudaramu ya Rasulullah?' Baginda menjawab: 'Bukan, kalian sahabat-sahabatku. Adapun saudara-saudaraku, maka mereka adalah kaum yang datang sesudahku, mereka beriman kepadaku dan tidak melihatku."



Apa yang dapat disimpulkan berdasarkan hadis di atas ialah:



1. Nabi Muhammad menganggap kita sebagai saudara-mara baginda.



2. Baginda mengungkapkan kata-kata rindu tersebut kepada umatnya yang belum pernah baginda temui.



Perkara ini menjelaskan bahawa cinta Nabi terhadap umatnya sangat luar biasa.



"Semoga kita tergolong dalam kalangan saudara-saudara yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw," tambah Ustaz Muhammad Nuzhan.




"Kehebatan Rasulullah dalam semua aspek sama ada keimanan, kepimpinan ataupun akhlak tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun di muka bumi ini. Kalaulah kamu mengenali Rasulullah, hari-hari kamu akan buat maulid."



"Menyambut kelahiran atau maulid Nabi saw tidak cukup dengan berselawat.

Lebih utama ialah keazaman mahu mencontohi peribadi baginda yang amat mulia."



- Ustaz Muhamad Nuzhan Abdul Halim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >