Berilah demi pelihara kemanusiaan
Jun 26, 2015 | 05:30 AM
KITA tidak perlu kaya untuk memberi. Kita boleh memberi dengan apa sahaja yang kita miliki - sedikit atau banyak - dalam bentuk apa sahaja, baik yang bersifat kebendaan mahupun maknawi.
Apa yang penting ialah nilai dan budaya memberi kerana kededua itu melambangkan bahawa sifat kemanusiaan masih wujud.