Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

BICARA MUFTI

Berpuasa dapat murnikan jiwa, inspirasi pada kehidupan lebih mulia

May 26, 2019 | 05:30 AM



BERPUASA adalah satu bentuk ibadat utama sebagai cara menyedarkan kewujudan Allah swt.



Bersama dengan aspek fizikal berpuasa, dimensi rohaninya dapat memurnikan jiwa, menanamkan refleksi diri serta memberi inspirasi kepada kehidupan yang mulia.



Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram telah mentafsirkan Surah Al-Isra' ayat 80 dalam ceramah Kuliah Tafsir di Masjid Darul Makmur baru-baru ini.



Dalam surah Al-Isra' ayat 80, Allah swt memberi perintah kepada Nabi Muhammad saw untuk berkata kepada manusia dan kepada orang di Makkah:



"Wahai Tuhanku engkau masukkan lah aku secara masuk yang benar dan keluarkan aku dengan cara keluar yang benar.



"Dan jadikanlah untukku daripada sisimu ya Allah, kekuatan yang memberikan kejayaan dan kemenangan."



JINAKKAN NAFSU



Menurut Dr Fatris, Surah Al-Isra' ayat 80 itu juga ada tafsiran kedua yang berkaitan dengan ibadat.



Justeru, ia bersesuaian dibaca bersempena bulan Ramadan.



"Ada macam-macam ibadat termasuk ibadat Ramadan.



"Ketika beribadat di bulan Ramadan, kita minta dengan Allah supaya panjangkan umur keluargaku, kurniakan kami keimanan, mudah-mudahan Kau berikan kami kekuatan supaya kita masuk ibadat Ramadan dengan penuh kebenaran dan kebaikan.



"Sepanjang Ramadan, Kau berikan kekuatan kepada kami dan beri kami kemenangan dan kejayaan terhadap nafsu kami.



"Ramadan bulan kita cuba menjinakkan nafsu kita, nafsu makan, nafsu minum, nafsu mata memandang yang tak baik, nafsu lidah memperkatakan hak orang lain.



"Kita minta, Ya Allah berikan aku kekuatan supaya aku masuk mulakan ibadat dengan cara yang baik dan benar, selesai Ramadan nanti juga penuh dengan kebaikan dan kebenaran,'' jelas Dr Fatris.



Beliau juga menyatakan Allah mahu hamba-Nya meminta pengampunan daripada Allah tatkala hendak pergi solat tarawih dan minta pimpinan Allah.



"Apabila nak bayar zakat pun, kita minta pimpinan Allah supaya hidup kita terkesan daripada zakat yang kita baru bayar," katanya lagi.



Dr Fatris turut mengingatkan jemaah bahawa bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan kitab suci Al-Quran. Al-Quran itu sebagai petunjuk bagi orang beriman.



PIMPINAN PETUNJUK



Dalam Al-Quran itu banyak penjelasan penuh untuk mendapatkan panduan bagaimana mendapat kebenaran tadi.



Al-Quran itu yang membantu Muslim membezakan antara yang salah dengan yang benar.



"Surah Al-Isra' sebagai peringatan untuk Muslim buat bulan Ramadan.



"Di bulan suci ini, kita minta pada Allah swt supaya masuk dengan cara yang benar dan supaya keluar Ramadan nanti keluar dengan cara yang benar.



"Kita minta supaya Allah swt beri kita kekuatan menghadapi pelbagai cabaran dah supaya kita dapat berjaya dalam proses puasa kita,'' jelas Dr Fatris lagi.



Surah Al-Isra' ayat 80 ini diturunkan ketika Nabi Muhammad saw baru sahaja memulakan perjalanan dari Madinah ke Makkah untuk mengerjakan umrah pada tahun keenam hijrah setelah Nabi berhijrah ke Madinah.



Kemudian selepas lima, enam tahun, pada satu masa, Nabi Muhammad saw mengajak sahabat, supaya masuk ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Ramai ikut Nabi Muhammad saw.



BANTUAN KEKUATAN



Ketika baru memulakan perjalanan, Allah turunkan ayat ini. Ayat ini bermakna:



"Bacalah, mohonlah kepada Allah. Nanti, masuk dengan cara yang benar, selesailah, keluar dengan cara yang benar."



Lalu, disambung dengan ayat 81: "Dan katakanlah, ya Muhammad telah datang kebenaran dan telah lenyap pula kebatilan. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap dan hilang."



Maksud ayat 80 dalam surah Al-Isra' itu, kata Dr Fatris, ialah "apabila kita hendak memasuki sesuatu tempat, antara permohonan yang diajar melalui ayat itu ialah minta Allah pimpin kita supaya kita masuk dengan cara baik, cara yang ikut dituntut oleh Allah dan bila keluar dari tempat itu, kita minta daripada Allah supaya keluar dengan cara benar".



"Antara fadilat ayat 80 ini yang boleh kita buat seperti mana yang diisyarat oleh sebahagian orang soleh adalah bila kita nak berpindah, katakanlah ke rumah baru atau pindah negeri.



"Antara doa kita ialah "Ya Tuhanku, engkau masukkan aku ke tempat aku nak tuju itu dengan cara yang baik dan benar dan Kau pimpin aku dengan cara keluar yang baik dan benar dan Kau kurniakan aku satu kekuatan untuk mendapat kejayaan dan kemenangan dalam menghadapi apa pun ujian dan cabaran," kata Mufti.




"Ramadan bulan kita cuba menjinakkan nafsu kita, nafsu makan, nafsu minum, nafsu mata memandang yang tak baik, nafsu lidah memperkatakan hak orang lain.

Kita minta, Ya Allah berikan aku kekuatan supaya aku masuk mulakan ibadat dengan cara yang baik dan benar, selesai Ramadan nanti juga penuh dengan kebaikan dan kebenaran.''

- Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >