Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
3

HADIS

Bersalaman pererat ukhuwah, ampuni dosa

Jun 30, 2017 | 05:30 AM

DARIPADA Abu Ishaq daripada Al-Bara', beliau berkata Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabat tangan, melainkan diampuni bagi kededuanya sebelum mereka berpisah." (Hadis riwayat Abu Daud).

Dalam satu lagi hadis, daripada Abu Hurairah ra daripada Nabi saw bahawa "pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di desa lain. Kemudian Allah pun mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu berada di tengah perjalanannya ke desa yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya: 'Hendak pergi ke mana kamu?' Orang itu menjawab: 'Saya akan menjenguk saudara saya yang berada di desa lain'. Malaikat itu terus bertanya kepadanya: 'Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya?' Laki-laki itu menjawab: 'Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.' Akhirnya malaikat itu berkata: 'Sesungguhnya aku ini malaikat utusan yang diutus untuk memberitahumu bahawasanya Allah akan senantiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah'." (Hadis riwayat Muslim).

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >