Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Besar hati dapat wakafkan harta peninggalan arwah suami

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

RENUNGAN JUMAAT

Besar hati dapat wakafkan harta peninggalan arwah suami

Wanita dan keluarga tunai wakaf kepada dana peningkatan Masjid Al-Amin
Nov 05, 2021 | 05:30 AM

MENZIARAHI masjid untuk menunaikan solat sambil belajar ilmu agama, sudah menjadi satu kebiasaan buat keluarga seorang penderma budiman Masjid Al-Amin, Cik Rahimah (bukan nama sebenar).

Lantaran itu, setelah suaminya meninggal dunia dua tahun lalu, Cik Rahimah dan kededua anak perempuannya, sebulat suara membuat keputusan untuk mewakafkan sebahagian daripada harta peninggalan Allahyarham kepada Masjid Al-Amin.

Sumbangan tersebut adalah untuk Projek Wakaf Iltizam iaitu projek untuk mengumpul dana bagi peningkatan Masjid Al-Amin.

Wakaf membawa maksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya kepada pengguna wakaf semata-mata kerana Allah s.w.t. Ia tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.

Cik Rahimah, 67 tahun yang tidak mahu nama sebenarnya disebut, sudah lima tahun mengajar mengaji kepada para pekerja syif dan kanak-kanak.

Beliau memiliki sijil mengajar al-Quran dari Darul Quran Masjid Kampung Siglap, di bawah Skim Pengiktirafan Guru Al-Quran (QTRS) masjid itu.

Kededua anak perempuannya berusia dalam lingkungan 40-an tahun.

Ditanya apakah sebenarnya yang mendorong Cik Rahimah untuk mewakafkan sebahagian harta peninggalan Allahyarham suaminya kepada Masjid Al-Amin, beliau menjelaskan: "Keluarga di sebelah pihak arwah suami saya tidak mahu mengambil bahagian harta arwah yang sepatutnya menjadi hak mereka. Sebab mereka berpendapat yang saya boleh gunakan rezeki itu untuk perbelanjaan saya dan anak-anak.

"Tetapi saya dan anak-anak berpendapat adalah lebih baik kami panjangkan niat murni mereka, dalam bentuk amal jariah untuk mereka dengan mewakafkannya dan sebahagian lagi harta peninggalan arwah suami saya kepada masjid. Anak bongsu saya dapat tahu bahawa Masjid Al-Amin sedang mengumpulkan dana untuk projek peningkatannya. Jadi saya dan anak-anak, setuju mewakafkan harta tersebut ke dalam projek Wakaf Iltizam Masjid Al-Amin."

Beliau berharap agar pahala amal jariah itu akan sampai kepada Allahyarham suaminya.

"Arwah suami saya suka ke masjid. Beliau selalu berpesan agar kami rajin-rajin ke masjid untuk mendapatkan rahmat Allah swt. Dan apabila kami selalu ke rumah Allah, rasa cinta untuk ke masjid juga akan datang secara semula jadi," kata Cik Rahimah lagi.

Bagi Cik Rahimah, masjid adalah tempat di mana umat Islam berhimpun untuk melakukan pelbagai kegiatan kemasyarakatan bersama selain ia menjadi tempat solat dan belajar ilmu agama.

Jika sebelum pandemik Covid-19 Cik Rahimah selalu ke Masjid Al-Taqua pada setiap Jumaat untuk menyertai kegiatan-kegiatannya, kini beliau banyak menyertai kursus-kursus online anjuran beberapa buah masjid di sini.

Beliau juga mengajak anak-anaknya turut sertai kursus-kursus di masjid-masjid tersebut.

Ini sekaligus membolehkan beliau menjalin hubungan mesra dengan anak-anaknya.

Diminta pandangannya tentang kenapa masyarakat digalakkan menyumbang kepada masjid, Cik Rahimah berkata:

"Kita mesti punya perasaan bahawa setiap masjid adalah 'masjid kita'. Masyarakat harus membantu masjid kerana masjid adalah nadi atau pusat masyarakat Islam bertemu dan menjalankan aktiviti ibadah, program agama dan aktiviti mendekati masyarakat berbilang agama dan kaum."

Berbalik kepada Masjid Al-Amin, ia kini sedang berusaha mencari dana bagi membaik-pulih beberapa bahagian bangunannya yang usang, selain menyediakan prasarana untuk menawarkan program yang lebih berkualiti serta kemudahan dan ruangan lebih selesa kepada para jemaahnya.

Antara kerja baik pulih masjid adalah membaiki bumbung-bumbungnya yang sudah bocor dan menukar pintu-pintu masjid yang sudah dimakan anai-anai serta membaiki sistem bekalan elektrik yang kerap terganggu.

Selain projek Wakaf Iltizam, Masjid Al-Amin telah menjalankan berbagai aktiviti mengumpulkan dana.

Pihak Masjid Al-Amin, mengucapkan terima kasih dan amat menghargai semua sumbangan yang dihulurkan masyarakat, tanpa mengira kadarnya. Semoga Allah swt memberi ganjaran pahala setimpal kepada para penderma.


"Keluarga di sebelah pihak arwah suami saya tidak mahu mengambil bahagian harta arwah yang sepatutnya menjadi hak mereka. Sebab mereka berpendapat yang saya boleh gunakan rezeki itu untuk perbelanjaan saya dan anak-anak.
Tetapi saya dan anak-anak berpendapat adalah lebih baik kami panjangkan niat murni mereka, dalam bentuk amal jariah untuk mereka dengan mewakafkannya dan sebahagian lagi harta peninggalan arwah suami saya kepada masjid."

- Cik Rahimah (bukan nama sebenar), berkongsi tujuan di sebalik beliau dan keluarga mengambil keputusan untuk mewakafkan harta peninggalan Allahyarham suaminya.


BANTULAH MASJID KITA

Sumbang ke Projek Wakaf Iltizam Masjid Al-Amin melalui:

1. Paynow: UEN NO: S91MQ0008B001
2. Pindahan Bank: DBS Current Account 012-009859-6
3. Melalui cek kepada Lembaga Pentadbir Masjid Al-Amin - Alamat: 50 Telok Blangah Way, Singapore 098801
4. Melalui derma langsung ke masjid atau dari rumah. Sila hubungi talian 6272-5309. (Reference: ILTIZAM)

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3