KEDEDUA Hari Raya Puasa dan Haji didahului dengan 10 malam yang banyak fadilatnya. Hari Raya Puasa didahului dengan 10 malam terakhir Ramadan. Kemuncaknya ialah Lailatulqadar.
Hari Raya Haji pula didahului dengan 10 malam pertama bulan Zulhijah yang penuh dengan kelebihan. Kemuncaknya pula ialah hari Arafah.