Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Buku 'Mari Sembahyang' bahan rujukan rentasi masa

Nov 19, 2021 | 05:30 AM



BUKU Mari Sembahyang yang pernah digunakan semasa Cik Siti Noor Azlina Rahman, berusia enam tahun masih disimpan hingga ke hari ini.



Kini Cik Siti Noor Azlina berusia 43 tahun dan buku yang disimpan hampir empat dekad lalu biarpun usang dan koyak tetapi tetap digunakan untuk mengajar solat kepada dua orang anaknya.



Bagi Cik Siti Noor Azlina, beliau bukan sahaja meneruskan tradisi menggunakan buku tulisan Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad itu untuk diguna pakai oleh generasi seterusnya malah buku tersebut terus kekal relevan sepanjang zaman.



"Walaupun saya belajar mengaji di rumah ustazah ketika kecil, saya masih ingat emak gunakan buku Mari Sembahyang ini untuk mengajar solat.



"Buku ini bukan sahaja mengajar solat bahkan menyelitkan doa-doa yang lain. Kita buka satu persatu dan hafal apa yang ada dalam buku.''



Menurutnya beliau menyimpan buku itu kerana sayangkan buku itu sendiri. Buku itu masih digunakan sebagai rujukan jika terasa silap bersolat atau membaca doa.



"Saya memang menghantar anak menngaji di rumah sebelah tetapi masih gunakan buku ini untuk mengajar mereka,'' ujar Cik Siti Noor.



Buku Mari Sembahyang mengandungi kaedah mempelajari solat fardu, mengambil wuduk dengan membaca niatnya, doa selepas wuduk, azam dan doanya serta iqamat.



Sebahagian lukisan di buku ini disertakan dengan bacaan sebagai sari kata dengan tulisan Arab dan cara membacanya dengan tulisan rumi yang berwarna.



Diberikan senarai niat-niat sembahyang fardu yang lima, niat sembahyang Jumaat, niat-niat sembahyang dua hari raya.



Bagi Penolong Ketua Pejabat Mufti, Ustaz Mustazah Bahari, buku itu banyak memberi kesan kepada masyarakat:



"Saya masih ingat sampai sekarang gambar muka hadapan buku itu. Gambar-gambar yang diletak memberi impak kepada minda anak kecil ketika itu.



"Melalui gambar-gambar itu, ia membantu untuk memudahkan praktikal solat agar mula dilaksanakan.



"Saya yakin ramai masyarakat Islam yang sebaya dengan saya paling kurang pun, yang belajar cara untuk solat, pasti akui bahawa buku itu banyak memberi kemudahan dalam praktikal solat sewaktu kecil dahulu.



" Amat mudah dan praktikal. Ia juga mudah bagi guru-guru agama ketika itu mengajar anak-anak cara untuk solat dengan menggunakan buku itu.



"Sehingga hari ini, buku itu tetap dan masih menjadi rujukan utama untuk membimbing anak-anak kecil untuk solat.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >