Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

RENUNGAN JUMAAT

Beriani Masjid Khalid bawa berkat dan muafakat

Masjid berusia lebih 100 tahun kini jalani naik taraf bagi beri jemaah lebih keselesaan
Nov 26, 2021 | 05:30 AM



NASI beriani Masjid Khalid yang cukup terkenal menjadi santapan daripada Presiden Singapura hingga para menteri dan masyarakat awam.



Dikenali sebagai 'Khalid beriani', ia biasanya dihidangkan setiap hari sepanjang Ramadan bagi 1,200 hingga 1,500 jemaah buka puasa dan ketika hari kebesaran Islam, seperti Maulud Nabi, Israk Mikraj dan nisfu Syaaban.



Ia juga sering menjadi nasi beriani amal pilihan yang dimasak bagi membantu mengumpul derma.



Ini termasuk bagi Dana Cabaran Presiden, acara derma darah atau sumbangan makanan, dan pengumpulan dana bagi yuran pelajar sekolah rendah dan menengah, program membantu bekas pengguna dadah dan keluarga mereka dan badan Islam serta masjid lain.



Malah, nasi beriani Masjid Khalid adalah juadah yang biasa dihidangkan di majlis bertujuan mengeratkan silaturahim antara berbilang agama dan kepercayaan di Singapura, seperti antara Masjid Khalid, gereja Heart of God Church dan Kuil Geylang United.



Pendek kata, hidangan nasi beriani Masjid Khalid membantu menjalin kemesraan antara jemaah dan masyarakat berbilang agama, terutama sebelum Covid-19.



Dalam keadaan pandemik ini Masjid Khalid membantu memasakkan nasi beriani amal buat Yayasan Mendaki dan Madrasah Wak Tanjong.



Namun, nasi beriani itu dimasak di tempat lain di luar masjid di Onan Road itu.



Persiapan memasak nasi beriani masyhur ini tidak akan berjaya tanpa semangat gotong-royong pasukan masakan Masjid Khalid yang telah bersama lebih 30 tahun.



Pengerusi Masjid Khalid, Encik Alla'udin Mohamed, sendiri merupakan cef utama nasi beriani itu dan yang memimpin pasukannya dalam memasaknya.



"Semangat gotong-royong ini membawa berkat untuk semua bermuafakat dan membawa rahmat bagi masyarakat," kata Encik Alla'udin.



Masjid Khalid tidak asing bagi masyarakat Islam Singapura kerana ia telah wujud lebih satu abad sejak 1917.



Ia berkhidmat bukan kepada masyarakat Islam di kawasan Geylang Serai sahaja, malah seluruh Singapura dan menjadi tempat persinggahan mereka semasa berada di kawasan Geylang Serai atau Haig Road, baik bagi mendirikan solat mahupun menyertai majlis sambutan hari kebesaran Islam.



Ia juga tempat bekas penduduk Onan Road, Geylang Serai dan Joo Chiat Road bertemu bagi melepaskan rindu hidup berjiran.



Ada juga anggota masyarakat bukan Islam sekitar Geylang Serai tahu tentang Masjid Khalid.



Ini hasil program-program santun masyarakat (outreach) yang diadakan masjid itu demi menjalinkan hubungan bersama masyarakat, baik Islam mahupun masyarakat lain.



Kini Masjid Khalid sedang menjalani projek naik taraf yang dijadualkan siap pada suku ketiga tahun depan.



Projek naik taraf itu ini melibatkan lantai mezanin di bangunan masjid utama dan pembinaan bangunan lampiran empat tingkat merangkumi pejabat, bilik darjah dan sebuah auditorium.



Kemudahan-kemudahan baru itu akan memberi keselesaan kepada jemaah dan masyarakat, terutama warga emas dan belia.



"Sedang kami mengekalkan tradisi gotong-royong, kami mahu menyediakan sumber yang memenuhi keperluan masyarakat masa kini dan merancang program dan acara lebih menarik pada masa depan.



"Kami percaya peranan masjid mesti inklusif dan melibatkan bukan masyarakat Melayu/Islam sahaja, bahkan semua rakyat Singapura.



"Maka kami mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan, tidak kira usia atau latar belakang, tampil dan menyertai Masjid Khalid terus berkhidmat kepada masyarakat," kata Encik Alla'udin.




Pupuk anak muda jadi pemimpin pelapis, teruskan kegiatan perpaduan



MASJID Khalid sudah lama melakukan pelbagai kegiatan yang mempromosikan keharmonian kaum dan agama.



Sudah hampir lapan tahun ia bekerjasama dengan masyarakat kaum lain di kawasan Geylang dan Geylang Serai, serta Gereja Heart of God dan Kuil Geylang United.



Sekarang, melangkah ke depan, Masjid Khalid mahu memupuk belia Islam bukan untuk membina barisan pemimpin pelapis buat masjid yang sudah berumur lebih seabad itu sahaja, malah meneruskan program-program menggalak perpaduan masyarakat Singapura.



Menurut naib pengerusi masjid di Onan Road itu, Encik Ariffin Kawaja, Masjid Khalid telah berupaya menarik pelajar belia daripada program pembelajaran Islam mereka untuk melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan silang agama.



Usaha itu diharap dapat membantu belia daripada terpengaruh oleh fahaman ekstremisme atau radikal, ujar beliau.



Sebagai contoh, pelajar Iman Yazid, 19 tahun, daripada Masjid Khalid, dan Alex Low, 18 tahun, daripada Gereja Heart of God, menyertai bersama sebuah pertandingan hackathon pada Disember tahun lalu yang bertujuan memupuk perpaduan sosial.



Ia anjuran Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan mereka berjaya memenangi pendanaan sebanyak $50,000 daripada pertandingan itu.



Encik Iman dan Encik Low bersama tiga anggota lain pasukan mereka meneruskan persahabatan mereka dan pada awal tahun ini mereka merancang menghasilkan sebuah laman web yang menggalak kegiatan silang agama menggunakan wang kemenangan daripada pertandingan hackathon itu.



Laman web tersebut, Interfaith.sg, yang membolehkan anggota masyarakat merancang kegiatan silang agama dalam talian, sudah dilancarkan.



Antara acara lain, pelajar belia daripada Masjid Khalid dan gereja Heart of God menyertai acara derma darah dan sumbangan makanan bersama.



Masjid Khalid juga mengadakan program pelatihan (internship) bagi pelajar belia yang berminat berkhidmat di masjid.



Dalam dua tahun, masjid ini sudah mempunyai lima belia yang menjalani program itu, sangat menggalakkan buat masjid yang mahu membentuk generasi muda supaya mencintai masjid.




"Sedang kami mengekalkan tradisi gotong-royong, kami mahu menyediakan sumber yang memenuhi keperluan masyarakat masa kini dan merancang program dan acara lebih menarik pada masa depan. Kami percaya peranan masjid mesti inklusif dan melibatkan bukan masyarakat Melayu/Islam sahaja, bahkan semua rakyat Singapura. Maka kami mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan, tidak kira usia atau latar belakang, tampil dan menyertai Masjid Khalid terus berkhidmat kepada masyarakat."
- Encik Alla'udin Mohamed, Pengerusi Masjid Khalid.




CARA MENYUMBANG KEPADA MASJID KHALID



  • PayNow: UEN S17MQ0052B (sila tulis DTN MK di bahagian 'reference')

  • Pemindahan bank: OCBC Current 665-428843-001

  • Cek kepada: J K Ubah Suai Masjid Khalid

Sila tulis di belakang cek:



1. Dana Ubah Suai



2. Nama



3. Nombor telefon



4. Alamat



Hantar cek ke alamat: 130, Joo Chiat Road, Singapore 427727




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >