Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Cari nafkah bukti sanjung amanah jaga keluarga

Oct 10, 2021 | 05:30 AM



USTAZ, saya sekarang ini terpaksa mengambil dua pekerjaan demi menyara keperluan keluarga, saya khuatir saya mengabaikan anak-anak! Bagaimana ya Ustaz?



Abang, hakikat abang keluar bekerja keras demi memastikan keperluan keluarga masa kini dan ke hadapan dipenuhi adalah bukti Abang menyanjung amanah menjaga keluarga. Ketahuilah bahawa Nabi saw meletakkan nilai yang tinggi pada usaha memenuhi keperluan keluarga. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Nabi bersabda yang bermaksud "Barang siapa bekerja keras mencari nafkah untuk keluarganya, itu sama dengan berjuang di jalan Allah Azza Wajalla."



Setiap kali Abang keluar mencari sesuap rezeki untuk keluarga, itulah pengorbanan dan ibadah anda. Maka saya sarankan beberapa perkara berikut dalam membentuk pandangan kita akan bekerja untuk keluarga.



1. Pertama, keluar bekerja untuk mencari rezeki bagi keluarga adalah satu ibadah. Maka niatkanlah demikian setiap kali Abang melangkah keluar.



2. Setiap suapan yang Abang sediakan untuk anak-anak dan pasangan juga ada ganjaran khasnya seperti yang disabdakan Nabi saw.



3. Terangkan kepada anak-anak dan pasangan mengapa anda perlu bekerja lebih masa. Ini agar mereka dapat menghargai ketiadaan anda dan bukan melihatnya sebagai satu pengabaian.



4. Berpesanlah selalu kepada anak-anak agar menjaga diri dan tidak leka akan tanggungjawab di sekolah dan rumah ketika anda keluar bertugas.



5. Mohon doa anak-anak dan pasangan agar usaha anda diberkati.



6. Berdoalah juga pada Allah agar anda dan mereka dilindungi dari sebarang anasir keburukan.



7. Pastikan hubungan dengan anak-anak berterusan meski anda terpaksa bertugas. Bertanya khabar dan perkembangan mereka.



8. Pastikan anda ketepikan sedikit waktu untuk bergurau dan bersama keluarga tidak kira sedikit mana pun waktu. Waktu berkualiti akan meninggalkan memori indah dan tidak semestinya memerlukan kuantiti yang banyak.



9. Mohonlah sokongan pasangan anda agar dapat menerangkan juga kepada anak-anak keinginan anda bertugas lebih iaitu demi membela nasib mereka dan memberikan yang terbaik untuk mereka.



Semoga Allah menerima usaha dan pengorbanan kita demi keluarga.




  • Penulis guru agama setempat dan penuntut perundangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >