Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Catatan Mufti di Media Sosial

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hidayah
32
3

Catatan Mufti di Media Sosial

Mar 31, 2019 | 05:30 AM

1. Tiada lafaz tiada kata
cuma titis hangat di pipi berbicara
melempias izzah dan azomah
sehujung sudut ufuk senja
mengupas irama demi irama
bahawa di selang tenunan sutera ini
ada debu-debu semalam merayu uzlah
ada kelopak kelam melurut taubah
ada julang megah menjenguk khalwah
mengimpikan buraqnya di perhentian singgah
mengkhayalkan israknya tertadah
sedang mikrajnya tiada bermadah
lalu dalam heningnya aqsa ini tersenyum
di ribanya tercurah segala warna
merah murkanya
putih tekadnya
kelabu risaunya
hitam jahilnya
hijau redupnya
biru tenangnya
adalah calitan makrifah
menyingkap jihad sepenuh sejarah
di tugu hamparan tanah barakah ini
dari Umar ke Salahuddin
dari Bani Umayyah ke Othmaniyyah
dari salibiyyah ke intifadah
dari jernih air mata ke merah darah
lalu di sini si kerdil ini
meratapi cinta-cinta yang terpalit serakah
meredah pasrah
semoga sempat bertemu lusa
jarak Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa
kembali menjinakkan cinta

2. Hidup adalah satu perjalanan.
Setiap perjalanan itu memenatkan.
Ada kalanya perjalanan ini membawa kita ke laluan yang luas terbentang.
Namun ada ketikanya kita perlu menelusuri lorong-lorong sempit dan suram, malah menakutkan.
Bila laluan sempit ini akan berakhir, tiada yang tahu.
Namun yang punya iman tetap yakin ada keluasan cinta Tuhan mengiringinya sepanjang perjalanan.
Beruntunglah mereka yang berusaha menjadikan penat lelahnya melangkah, berhasil membawanya ke destinasi impian. Penuh kebahagiaan. Di situ nanti hilang segala kepenatan.
Rugi pula yang langkahnya hanya penuh dengan kelesuan, dan di hujungnya pula penuh dengan kekecewaan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3