Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Cinta pada Tuhan kunci bahagia dunia dan akhirat

Jan 25, 2019 | 05:30 AM



CINTA kepada Allah swt merupakan perasaan yang sangat besar dan istimewa dalam diri seorang Mukmin.



"Apabila kita memaknakan cinta kepada Allah swt, ia bererti kita mencintai Dia yang menjadi penentu dan penyebab kita wujud di dunia. Tidak terhenti di situ, Dia seterusnya mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada kita serta melindungi kita daripada segala macam bentuk bencana.



"Dia menjadi pengharapan dan tujuan kita,'' ujar Ustaz Muhammad Azri Azman.



Menurut beliau, kecintaan kepada Allah swt merupakan kekuatan buat roh dan menjadi asas kebahagiaan.



Ia merupakan ubat buat segala kesakitan dan kesengsaraan.



Ia juga pembuka jalan bagi kejayaan di dunia dan akhirat, jelas Ustaz Muhammad Azri lagi.



Malah katanya, merealisasikan kecintaan kepada Allah swt akan meletakkan seseorang itu darjat yang tinggi dan mulia di sisi Allah swt dan di sisi sekalian alam ciptaannya.



Beliau menukil Nabi saw yang bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah ra:



"Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah Ta'ala memanggil Jibril: "Sesungguhnya Allah telah mencintai si fulan maka cintailah fulan", maka Jibril pun mencintainya, kemudian Jibril menyeru penduduk langit:



"Sesungguhnya Allah telah mencintai si fulan, maka cintailah kalian fulan", maka penduduk langit pun mencintainya dan diletakkan baginya penerimaan di tengah-tengah penduduk bumi".



Ustaz Muhammad Azri berkata:



"Di tengah-tengah dunia sedang menghadapi bermacam bentuk kerosakan berupa peperangan, penindasan, jenayah yang berleluasa dan keruntuhan moral, kita perlu sedar bahawa kecintaan kepada Allah swt adalah jalan keluar yang sebenar.



"Segala slogan kecintaan yang dilaung-laungkan sebagai huraian segala permasalahan dunia tidak mungkin setanding dengan kecintaan yang sangat tulen dan utama, iaitu kecintaan kepada Allah swt.



"Dengan cinta ini manusia akan terpandu dengan betul di bawah naungan rahmat-Nya dan bimbingan-Nya, yang berupa Al-Quran kalamullah dan Sunah nabi-Nya.



"Dalam keadaan zaman penuh dengan cabaran dan godaan yang bertujuaan untuk menjauhkan diri kita daripada Rabb kita, sering kali kita musykil bagaimana cara kita mendekati dan mencintai Allah swt."




"Segala slogan kecintaan yang dilaung-laungkan sebagai huraian segala permasalahan dunia tidak mungkin setanding dengan kecintaan yang sangat tulen dan utama, iaitu kecintaan kepada Allah swt. Dengan cinta ini manusia akan terpandu dengan betul di bawah naungan rahmat-Nya dan bimbingan-Nya, yang berupa Al-Quran kalamullah dan Sunah nabi-Nya.
– Ustaz Muhammad Azri Azman.




BIODATA



- Ustaz Muhammad Azri Azman, 34 tahun, merupakan Pegawai Eksekutif Persatuan Muhammadiyah.



- Beliau merupakan lepasan dari Madrasah Aljunied Al-Islamiah. Ustaz Muhammad Azri juga lulusan Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pembelajaran Islam dari Kuliah Dakwah Islamiah, Tripoli, Libya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >