Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID BENCOOLEN

Dana masih kurang, usaha cari wang diterus

Dec 24, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN kerja-kerja peningkatan bagi Masjid Bencoolen masih berjalan lancar, masjid bersejarah ini masih lagi kekurangan dana yang diharapkan.



Masjid di Bencoolen Street ini telah dibina sejak 1845 dan perlu melakukan pengubahsuaian demi memenuhi keperluan masyarakat Islam di sini.



Masjid berusia 196 tahun ini memerlukan dana $3 juta untuk kerja peningkatan yang dijalankan sejak Jun 2019 ini. Namun sehingga kini, pihak masjid masih kekurangan $500,000.



Masjid Bencoolen dalam proses diubah suai dan perlu membangunkan kemudahan lain seperti bilik darjah, lif dan sebagainya.



Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada para jemaah untuk beribadah serta memudahkan lagi warga senja menggunakan kemudahan di masjid yang terletak di kawasan berdekatan bandar ini.



Biarpun di waktu Covid-19 ini dan sibuk dengan kerja-kerja peningkatan namun pembelajaran Al-Quran, agama dan dakwah tetap diteruskan melalui wadah dalam talian.



Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, 56 tahun, berkata pada 2001, kawasan masjid telah dibangunkan semula sebagai sebuah pembangunan campuran blok komersial dan kompleks setinggi 12 tingkat.



Pembangunan semula masjid ini telah dibuka kepada umum pada Mei 2004 dan mampu memuatkan sehingga 1,100 anggota jemaah untuk bersolat dalam masjid ini, sebelum pandemik melanda.



Masjid terbaru Bencoolen dijangka siap pada awal tahun depan, sekitar Mac 2022 nanti.



"Masjid Bencoolen kini masih lagi dalam proses diubah suai, selari dengan keperluan dan tuntutan masyarakat Islam setempat.



"Dari pihak masjid, kami memerlukan kemudahan lain seperti bilik darjah yang lebih besar yang kondusif, lif dan kemudahan lain setara dengan pemodenan serta pembaharuan di waktu ini.



"Ini bertujuan memberikan keselesaan kepada jemaah untuk beribadah serta memudahkan lagi warga emas kita untuk menggunakan kemudahan masjid ini dengan lebih berkesan lagi.



"Kini, sekitar 80 peratus kerja peningkatan di kawasan masjid hampir siap. Bagi kami, masjid bukan sahaja menjadi tempat ibadah, malah kini ia memainkan peranan penting dalam mendekati masyarakat Islam di sini," jelas Encik Mohamed Rafeeq.



Sehubungan dengan itu, selain menjual kupon martabak amal berharga $10 setiap satu, pihak masjid juga ada menyediakan pelbagai produk lain yang menarik untuk membantu pembangunan masjid.



Di antara barangan yang dijual adalah set buku 25 Rasul (berbahasa Inggeris atau Melayu) berserta sejadah berharga $59.



Anda juga boleh mendapatkan Kitab Kumpulan Hadith berharga di antara $75 dengan $95, setiap satu.



Kupon martabak boleh dibeli terus di pejabat Masjid Bencoolen, dan pembeli juga boleh melungsuri kedai elektronik di laman eshop Masjid Bencoolen untuk membeli sambil beramal dan mendapatkan produk-produk yang lain.




CARA MENYUMBANG 



  • PayNow UEN: R45MQ0028B

    Hulurkan derma anda hari ini melalui pemindahan wang ke akaun bank OCBC yang bernombor 506-010925-001 atau kunjungi laman web https://masjidbencoolen.org/donate

  • Untuk urusan sumbangan melalui pembayaran cek, sila hantar cek dengan menyertakan nama 'Masjid Bencoolen' dan kirimkan ia ke alamat: 51 Bencoolen Street, #01-01, Singapura 189630

  • Hubungi talian 6333-3016 untuk maklumat lanjut. Layari Facebook@Masjid.bencoolen atau YouTube@masjidbencoolenTV

    Layari https://masjidbencoolen.org/eshop/ untuk mendapatkan pelbagai produk jualan dari Masjid Bencoolen




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >