Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Erti bahagia yang sebenar

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



SETIAP manusia inginkan kebahagiaan dalam kehidupan.



Malahan, ramai yang berlumba-lumba dan berusaha untuk mencari kebahagiaan masing-masing.



Namun begitu, kebanyakan umat Islam terlupa bahawa kebahagiaan sebenar datangnya daripada kebahagiaan hati.



Apabila hati tenang, maka semua kebahagiaan akan datang dengan sendirinya.



BAHAGIA YANG PERLU DICARI



Ustaz Mohamad Rais berkata: "Kebahagiaan yang paling dicari bukanlah paras rupa, harta benda atau wang ringgit, tetapi kematian dalam Islam.



"Seseorang yang mati dalam Islam bermaksud dia meninggal dunia dalam keadaan menjaga kemahuan Islam.



"Jika seseorang itu meninggal dunia dalam Islam, maka itu menjadi salah satu pengukur kepada sesebuah kebahagiaan yang diberikan untuk manusia.



"Sebaliknya, jika seseorang itu mati dalam keadaan bukan Islam, nescaya mereka berada dalam golongan yang celaka."



Seperti mana yang tercatat dalam surah Al-Hud, Allah swt berfirman:



"(Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahagia." (11:105)



SYARAT UNTUK BAHAGIA



Untuk menggapai sesebuah kebahagiaan, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi dalam agama Islam itu sendiri.



Terang Ustaz Mohamad Rais lagi: "Orang tersebut hendaklah berusaha menjadi orang yang beriman dan tidak terpengaruh dengan hal duniawi. Mereka perlu mengamalkan sifat-sifat terbaik seperti zuhud, berakhlak mulia, bermurah hati, dan sebagainya.



"Dalam erti kata lain, seseorang itu perlu mengamalkan apa-apa sahaja sifat yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw. Dengan itu, seseorang dapat memiliki syarat-syarat untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.



"Bahagia atau tidak, itu bergantung kepada penerimaan dirinya sendiri. Sekiranya dia dapat merasa bahagia dalam ujian, maka itu juga menjadi satu perkara yang baik.



"Contohnya, seorang isteri yang berumah tangga merasa bahagia, walaupun dia dikasari oleh si suami. Maksudnya, si isteri reda dengan segala perbuatan sang suami dan menerima segala ketentuan dengan hati yang terbuka."



SENANG TIDAK BERERTI BAHAGIA



Sememangnya, kebahagiaan tidak boleh didasari dengan kemewahan atau keindahan dunia semata-mata. Ada orang yang memiliki harta, namun dia tidak merasa sedikit pun kebahagiaan, ujar Ustaz.



Umpamanya, raja Firaun yang hidup serba mewah dengan kekayaan yang diperolehinya dan hidup senang dengan bantuan hamba-hamba seraya.



Namun, dia masih merasa perasaan yang tidak 'cukup' dalam hidupnya.



Sebab itu, dia cuba untuk menghapuskan musuh-musuh yang mengancam kedudukannya sebagai seorang raja.



"Di sini, jelaslah bahawa dia tidak dapat merasakan ketenangan dalam hidupnya sehingga dia sanggup bermusuh dengan anak angkatnya iaitu Nabi Musa as.



"Kalau diikutkan, Nabi Musa as itu tergolong dalam individu yang dijaga dan dididik oleh isteri Firaun iaitu Asiah, di istana Firaun sendiri. Tetapi, dia tetap tidak merasa bahagia kerana tiada kepuasan dan tiada hidayah, seperti mana yang dikurniakan kepada orang-orang Islam," ujar ustaz.



HATI YANG LAPANG



Hati menjadi lapang dan tenang apabila seseorang itu percaya dan yakin.



Walaupun dalam apa jua keadaan yang mendatangi, dia tetap yakin bahawa apa sahaja kesusahan yang sedang dihadapi semuanya adalah sementara.



Kerana Allah berfirman:



"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah As-Syarh : 5-6).



Orang yang bahagia, saat dia susah, dia mengingati Allah.



Begitu juga saat senang dia juga mengingati Allah.



Kerana dia meyakini bahawa segala susah dan senang, manfaat dan mudarat itu semuanya daripada Tuhan.



"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah". Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia."(Surah Ar-Ra'd : 28).



Mereka tidak meletakkan bahagia mereka pada makhluk atau benda yang mereka miliki.



Kerana segalanya yang dimiliki itu tidak selamanya kekal. Sedangkan Allah swt Maha Hidup dan kekal selama-lamanya, ujar Ustaz.



JAUHI TIPU DAYA DUNIA



Kemenangan sebenar dalam Islam muncul apabila kita dapat mengawal diri daripada terjebak dengan tipu muslihat dunia.



Berdasarkan surah A-li'Imraan, Allah berfirman yang bermaksud:



"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (3:185)



Jelas ustaz:



"Kehidupan yang sebenar bukanlah kehidupan di dunia, tetapi kehidupan yang abadi ialah kehidupan di akhirat.



"Bagaimanapun, Islam tidaklah melarang untuk umatnya mengumpulkan harta benda. Silakan kumpul harta, jika kita mampu. Tetapi masalahnya, adakah kita akan merasa puas dengan harta dunia yang banyak?



"Maka, carilah erti kebahagiaan yang sebenar. Jangan harta menguasai kita, tetapi biarlah kita menguasai harta," sahut ustaz.



  • Ustaz Mohamad H Rais lulusan Sarjana Muda bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >