Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

HIDAYAH

Erti korban

Kisah Nabi Ibrahim kekal relevan
Jul 17, 2020 | 05:30 AM



PADA tahun ini, ibadah Haji tidak dapat disertai oleh umat Islam dari serata dunia kerana kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan ibadah tersebut dilakukan oleh rakyat tempatan di sana sahaja.



Walaupun segala persiapan sudah direncana, namun perancangan jemaah haji pada kali ini tidak dapat diteruskan.



Oleh itu, para jemaah tentu terpalit dengan kesedihan kerana mereka tidak pasti, sama ada mereka masih ada waktu atau pun tidak untuk melakukan ibadah Haji pada tahun seterusnya.



Namun, pastinya perancangan Allah swt lebih sempurna daripada perancangan manusia, ujar Ustaz Dr Fatris Bakaram menyampaikan syarahan bertajuk 'Merungkai Kembali Erti



Pengorbanan' melalui Facebook@Darussalam Mosque.



HAYATI IBADAH WALAUPUN TERBATAS



Ustaz Ustaz Dr Fatris menjelaskan:



"Jika syiar seperti seperti pelaksanaan haji, korban, berkumpul beramai-ramai tidak dapat dilakukan, maka jangan jadikan keterbatasan ini sebagai satu perkara yang menghambat diri kita untuk terus menghayati ibadah dari segi akhlak dan kejiwaan.



"Kebiasaanya, sebelum jemaah berangkat ke Tanah Suci untuk melakukan ibadah haji, mereka akan disuruh persiapkan jiwa seperti bertaubat dan sebagainya.



"Apabila kita tidak dapat berangkat ke sana, jangan pula kita padamkan segala persediaan jiwa yang telah dibuat."



Dari 'Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash ra, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:



"Seorang hamba jika ia berada pada jalan yang baik dalam ibadah, kemudian ia sakit, maka dikatakan pada malaikat yang bertugas mencatat amalan, "Tulislah padanya sama seperti yang ia biasa amalkan (rutin) sampai Aku melepasnya atau sampai Aku mencabut nyawanya." (HR Ahmad).



Ustaz Dr Fatris menjelaskan:



"Allah swt pasti mengetahui apa yang terkandung dalam hati seorang insan. Apabila seseorang manusia sudah bertekad untuk melakukan sesuatu azam kerana Allah tetapi terhalang, maka yakinlah bahawa pahalanya sama seperti kita telah melakukan azam tersebut.



"Jika ada jemaah yang tidak berangkat ke Tanah Suci pada tahun ini, maka percayalah bahawa amalan anda akan tetap dicatat oleh Allah swt, asalkan kita tidak bersangka buruk kepada-Nya."



IMBANGI SYIAR DAN KEPERIBADIAN DIRI



Terdapat dua sudut yang dituntut dalam melaksanakan perintah Allah swt iaitu aspek syiar (ibadah) dan nilai keperibadian.



Kata Ustaz Dr Fatris lagi:



"Tidak cukup jika sekadar berkata bahawa hati ini sudah mengingati Allah, tetapi tubuh tidak tergerak untuk melakukan solat sunat Aidiladha di masjid pada sebelum ini.



"Perbuatan ini menunjukkan kekurangan komitmen dalam diri kita sebagai hamba Allah swt. Kesan dalam diri untuk mengagungkan Allah pada pagi Raya sudah ada, tetapi syiarnya tiada.



"Jika syiarnya (ibadah zahir) pula sudah dilakukan, maka jangan abaikan tuntutan penghayatan nilai yang membentuk keperibadian.



"Contohnya, tiap-tiap tahun kita bangun pagi untuk niat, mandi sunat, berpakaian sempurna dan solat Hari Raya. Tetapi, hati kita tetap lalai dan sombong dalam mengingati Allah swt.



"Zahirnya kita berjemaah, tetapi hati kita penuh dengan hasad dengki, kebencian, permusuhan dan sebagainya. Maka, perkara ini tidak melengkapkan keimanan kita."



KORBAN PALING BAIK



Bercakap tentang korban pula, Ustaz Dr Fatris berkata bahawa korban adalah perbuatan melepaskan satu perkara yang disenangi untuk tujuan yang lebih mulia.



Allah swt telah berfirman yang bermaksud:



"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (3:92)



Menurut Ustaz Dr Fatris contohnya dapat dilihat melalui kisah anak-anak Adam iaitu Habil dan Qabil. Ada penternak binatang (Habil) korbankan daging sembelihan yang paling baik, sihat dan sedap.



Manakala, seorang peladang (Qabil) pula hanya berkorban dengan menghidangkan tanamannya yang sudah buruk, berlendir, rosak dan sebagainya.



"Maka di sini, Allah swt akan menerima sembahan korban yang paling baik kerana seseorang itu sanggup melepaskan apa yang disenanginya."



"Itulah yang kita harapkan dalam kehidupan. Walaupun kita tidak dapat menyaksikah darah korban yang mengalir depan mata kita sendiri, tetapi jangan lunturkan semangat korban yang ada dalam diri kita," pesan Ustaz Dr Fatris.




BIODATA



Mantan Mufti Singapura, Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram,



49 tahun, mempunyai Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengajian Islam (Syariah) dari Universiti Birmingham, United Kingdom.



Kini, beliau sedang berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Panduan Quran di bawah Lembaga Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >