Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Fahami keperluan zakat wang simpanan

Aug 30, 2020 | 05:30 AM



HARTA kekayaan yang diamanahkan kepada setiap individu ialah ujian kepada manusia dan akan ditanya di akhirat kelak dari mana serta bagaimana diperoleh, selain ke mana dibelanjakan.



Setiap amanah termasuk harta akan dipertanggungjawab dan ditanya di akhirat kelak.



Umat Islam perlu menjalankan kewajipan mengeluarkan zakat harta daripada wang simpanan, kata Ustaz Pasuni Maulan dalam sesi Zoom bersama Berita Minggu baru-baru ini.



SELESAIKAN HUTANG



Ustaz Pasuni Maulan bertanya: "Bagaimanakah cara untuk memanfaatkan simpanan ini?



"Pertama sekali, setiap individu perlu berusaha untuk melunaskan hutang supaya hidup tidak dibebani dengan masalah kewangan."



"Setiap manusia harus menegakkan prinsip untuk tidak berhutang. Jika kita mempunyai wang yang lebih, selesaikan hutang terlebih dahulu."



Ustaz Pasuni berkata kebebasan daripada hutang akan mempermudahkan segala urusan harian setiap individu.



Dalam agama Islam, Nabi Muhammad saw sendiri telah mengajarkan cara berdoa yang maksudnya:



"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas.



"Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia."



BUAT PERANCANGAN



Pada peringkat umur 55 tahun, kita perlu menjaga kesihatan kerana ramai golongan berusia yang mengalami pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, dan sebagainya.



"Jika kita boleh bekerja sampai umur 67 tahun, maka ia dikira sebagai bonus.



"Namun, untuk sampai ke tahap umur tersebut, mampukah kita bekerja dan menjaga kesihatan dengan baik?



"Semua ini berbalik kepada perancangan masing-masing. Sekiranya kita mempunyai masalah kesihatan, bagaimana kita hendak bekerja?"



"Jikalau kita hidup tanpa wawasan, maka kita akan dihanyutkan ibarat kayu yang hanyut di sungai. Maksudnya, kita akan terus hanyut tanpa dapat melawan arus," ujar Ustaz Pasuni lagi.



MILIKI RUMAH SENDIRI



Ustaz Pasuni memberikan nasihat kewangan dengan menyebut:



"Sebab itu, kita mesti merancang untuk mempunyai rumah sendiri. Sekiranya kita mempunyai masalah wang, kita boleh menjual rumah tersebut dan mencari rumah lain yang lebih murah.



"Jika kita ingin tinggal di rumah anak, ia agak berbeza kerana suasana di rumah anak dengan suasana di rumah sendiri adalah tidak sama.



"Oleh itu, jangan sampai kita tiada aset perumahan. Sekurang-kurangnya, perancangan ini boleh menjadi modal untuk menolong kita meneruskan kehidupan pada masa hadapan.



"Namun begitu, segelintir daripada masyarakat tidak memikirkan untuk memiliki rumah sendiri hingga ke akhir ayat," jelas Ustaz Pasuni lagi.



ZAKAT SATU KEWAJIPAN



Ustaz Pasuni turut menekankan tentang kewajipan berzakat bagi mereka yang memiliki simpanan.



Zakat agak berlainan dengan sedekah kerana sedekah seseorang itu merupakan amalan sunat, manakala zakat pula adalah satu kewajipan muslim, setelah cukup syarat-syaratnya.



Bercakap tentang zakat simpanan, Ustaz berkata:



"Zakat adalah perkara yang harus dilaksanakan, apabila cukup tiga syarat tertentu iaitu nisab, pemilikan sempurna, dan haul.



"Zakat adalah satu tanggungjawab muslim untuk membantu mereka yang memerlukan. Zakat tidak akan sesekali merugikan kita."



Seperti mana yang ditegaskan oleh Rasulullah saw dengan sabdanya:



Maksudnya: "Zakat itu tidak mengurangi harta." (HR Muslim)



Selain itu, zakat dapat membersihkan jiwa seseorang daripada sifat buruk seperti hasad dengki dan iri hati.



Malahan, berzakat akan mengeratkan hubungan persaudaraan sekalipun mereka berlainan dari segi darjat dan kekayaan.



Allah swt telah berfirman:



Maksudnya: "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." (Surah al-Taubah: 103)



MEMBANGUNKAN MASYARAKAT MELALUI ZAKAT



Ustaz Pasuni menekankan di samping seseorang mengeluarkan zakat kepada orang yang susah, mereka juga sebenarnya sedang menanam modal untuk membangunkan masyarakat.



"Sebahagian duit zakat akan diagihkan kepada badan-badan atau institusi-institusi tertentu bagi mengendalikan pengeluaran biasiswa demi membangunkan masyarakat Islam.



"Ertinya, pelaksanaan zakat yang baik akan meningkatkan kualiti masyarakat kerana orang-orang yang memerlukan akan menerima hak mereka. Kita bukan sahaja membantu mereka, malahan kita membuka peluang untuk mereka bangkit dari kemiskinan.



"Konsep zakat telah diatur oleh Allah swt bukan sahaja akan mengurangkan masalah masyarakat, tetapi kita akan menambah kualiti kehidupan masyarakat Islam di Singapura.



"Seharusnya, masyarakat Islam bergerak seiring dengan kemajuan di Singapura. Oleh itu, kita perlu sama-sama membangunkan institusi zakat demi keperluan masyarakat Islam.



"Apa yang kita dapat (harta) adalah suatu perkara yang diamanahkan oleh Allah swt. Apabila ia disebut sebagai satu amanah, maka kita tidak boleh membelanjakan harta kita sesuka hati.



"Apabila ada orang yang memerlukan, jangan lokek untuk memberikan sedikit daripada harta kita kepada orang lain. Dalam pada masa yang sama, berwaspadalah dengan harta kita," kata Ustaz Pasuni lagi.




Sebab itu, kita mesti merancang untuk mempunyai rumah sendiri. Sekiranya kita mempunyai masalah wang, kita boleh menjual rumah tersebut dan mencari rumah lain yang lebih murah. Jika kita ingin tinggal di rumah anak, ia agak berbeza kerana suasana di rumah anak dengan suasana di rumah sendiri adalah tidak sama. Oleh itu, jangan sampai kita tiada aset perumahan. Sekurang-kurangnya, perancangan ini boleh menjadi modal untuk menolong kita meneruskan kehidupan pada masa hadapan. Namun begitu, segelintir daripada masyarakat tidak memikirkan untuk memiliki rumah sendiri hingga ke akhir ayat."
- Ustaz Pasuni Maulan.




  • Ustaz Pasuni Maulan kadi di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM). Beliau juga pengerusi Masjid Tentera Di-Raja; naib pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan mantan Pendaftar di ROMM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >