Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Fenomena alam sedang 'menegur' manusia

Manusia tiada daya ubah kehendak Allah, tetapi manusia boleh baiki diri demi mengelak akibat daripada perbuatan buruk mereka
Nov 29, 2020 | 05:30 AM



SEMAKIN Bumi menjengah usia lebih tua, semakin banyak fenomena alam berlaku di sekeliling manusia.



Baru-baru ini, dunia digemparkan oleh berita Vietnam diserang badai La Nina hingga menyebabkan beberapa kemusnahan dan kematian akibat taufan Molave dan taufan Noul.



Sebenarnya, segala kejadian ini menjadi 'respons' alam yang mengingatkan manusia agar segera berhenti melakukan maksiat dan kehancuran di muka bumi Allah swt.



Pastinya, setiap kejadian alam yang menimpa adalah satu ketetapan daripada Allah swt.



Oleh itu, manusia wajib mengambil pengajaran dan muhasabah diri tentang amaran keras yang diturunkan kepada mereka.



FENOMENA ALAM SATU PERINGATAN



Ustaz Mohamad Rais merungkai: "Allah swt sudah memberi amaran agar manusia tidak melakukan dosa terhadap-Nya. Dosa hadir daripada pelbagai sudut, misalnya dosa manusia tidak beriman, syirik atau kufur. Dengan sikap ini, manusia tidak akan mempedulikan segala perintah dan larangan Allah swt.



"Maka, Allah swt mengingatkan dengan jelas kepada manusia agar tidak melakukan dosa."



Peringatan Allah swt dirakam dalam surah Al-Ankabuut, iaitu:



"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiayai mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (29:40)



Ayat ini, kata beliau, memberitakan tentang hukuman yang diberikan oleh Allah swt kepada orang-orang yang berbuat dosa.



Contohnya, Allah swt menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah itu.



Maksudnya juga, Allah swt boleh membinasakan manusia dengan beberapa cara, seperti dihujani batu, penyakit, gempa bumi, ribut taufan, tsunami dan sebagainya.



HINDARI MURKA ALLAH



Firman Allah swt lagi dalam Surah al-Nahl, bermaksud:



"Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dahulunya aman dan tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segala tempat akan tetapi penduduknya mengingkari akan nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada mereka dengan kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka lakukan." (16: 112)



Ustaz Mohamad Rais berkata: "Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa Allah swt menghukum orang-orang terdahulu yang melakukan kezaliman dan ingkar terhadap suruhan-Nya hingga Allah swt menimpakan azab dalam bentuk kelaparan dan ketakutan kepada mereka.



"Ekoran itu, manusia harus mengelakkan diri daripada murka Allah swt. Jangan berasa sombong dengan kekayaaan atau kemewahan kerana seisi dunia adalah milik Allah swt secara mutlak.



"Hanya Allah Yang Maha Berkuasa sahaja berhak melakukan apa-apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Jadi, jangan sesekali suka berbuat dosa kerana perbuatan ini akan mendatangkan murka Allah swt dan malapetaka buat manusia."



AZAB ANGKARA MANUSIA



Dengan hukuman itu, bukanlah bermakna Allah swt zalim, kerana azab yang datang berpunca daripada manusia itu sendiri.



Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Ar-Ruum:



"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab perkara yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan ke atas mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (30:41)



"Manusia berasa diri mereka hebat kerana mampu mencipta macam-macam dengan teknologi sedia ada.



"Mereka sudah semakin takabur sehingga mereka tidak berasa bahawa diri mereka bertuhankan Allah swt. Oleh itu, Allah swt mendatangkan bala sebagai peringatan kepada mereka.



"Allah sudah pun memberikan amaran kepada manusia, iaitu sekiranya manusia melakukan kemungkaran, maka manusia pasti akan mendapat balasan," ujar Ustaz Mohamad Rais.



SEMUANYA TAKDIR ALLAH



"Takdir yang ditetapkan Allah swt memang tidak boleh diubah. Sebagai orang Mukmin, kita harus 'menjaga' Allah swt.



"Di sini, jaga Allah maknanya kita perlu mentaati segala perintah-Nya kerana ia menjadi satu kewajipan buat seorang hamba.



"Jika kita menjaga hubungan dengan Allah swt, insya-Allah, Allah swt juga akan menjaga kita.



"Fahamilah bahawa segala kejadian ini datang daripada Pencipta kita. Walaupun orang cakap bahawa Covid-19 adalah datang dari tangan jahat manusia, jika ia tidak diizinkan oleh Allah swt, maka wabak ini tidak akan berlaku.



"Allah swt memberi peringatan kepada manusia supaya taat kepada-Nya. Jika tidak, tunggulah keburukan yang akan tiba.



"Tiada daya manusia mengubah kehendak Allah swt tetapi manusia boleh berusaha membaiki dirinya."



  • Ustaz Mohamad H. Rais lulusan sarjana muda bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau mantan presiden kanan Mahkamah Syariah.


"Dengan hukuman ini, bukanlah bermakna Allah swt itu zalim kerana azab yang datang adalah berpunca daripada manusia itu sendiri. Ini sebagaimana firman Allah swt dalam surah Ar-Ruum: 'Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) (30:41).'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >