Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Harta kita yang sebenar adalah harta yang telah disedekahkan

Nov 05, 2021 | 05:30 AM



MASJID atau rumah Allah adalah tempat yang paling mulia dan paling dicintai oleh Allah swt.



Justeru kerana itu sesiapa yang memuliakan masjid akan dimuliakan oleh Allah swt.



Terdapat banyak ganjaran serta pahala yang bersangkutan dengan masjid.



Sesiapa saja yang melakukan perkara-perkara berikut seperti pergi, duduk, berzikir, mencari ilmu, beribadah, melaungkan azan dan beriktikaf dalam masjid akan diberi pahala yang banyak.



Malah, bagi mereka yang mana hatinya terpaut pada masjid akan dipelihara di bawah Arash Allah di Padang Mahsyar kelak.



Sesiapa yang mewakafkan harta mereka untuk membina masjid dan kerja-kerja peningkatan masjid akan menerima pahala yang sama dengan mereka yang diberi pahala untuk semua amalan-amalan yang mereka kerjakan.



Dan pahala yang diperolehi akan berkekalan sehingga Hari Kiamat.



Ini yang dimaksudkan oleh Nabi saw sebagai "sedekah jariah" atau sedekah yang pahalanya sentiasa mengalir. Dan bagi mereka yang membina masjid secara ikhlas, akan dijamin syurga.



Nabi saw juga bersabda: "Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, akan dibina baginya dalam syurga yang sama." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).



Dalam pada itu, ada banyak manfaat, fadilat serta kelebihan jika kita salurkan wakaf atas nama ibu, ayah atau ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia.



Berbakti kepada ibu bapa adalah amalan terbaik yang kedua selepas mentauhidkan Allah swt.



Begitulah menurut seorang sahabat Nabi Muhammad saw yang juga sepupu saudara Baginda, Abdullah Ibn Abbas ra.



Justeru, Nabi menganjurkan sahabat-sahabat Baginda meminta doa dari seorang yang bernama Uwais Al Qarni, seorang yang banyak berbakti kepada ibunya.



Dan berbakti kepada ibu bapa tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia. Tetapi ia harus diteruskan selamanya.



Anak-anak disarankan supaya mendoakan ibu bapa dan berbakti juga kepada teman-teman baik mereka, serta melakukan amalan-amalan di atas nama mereka.



Antara amalan yang boleh dilakukan adalah seperti menunaikan solat sunat, berpuasa, membaca Al-Quran, berzikir dan mengerjakan umrah atas nama mereka.



Amalan yang terbaik dapat mereka lakukan sebagai hadiah kepada ibu bapa mereka juga adalah dengan mewakafkan harta untuk membina masjid atas nama ibu bapa mereka.



Apabila seorang anak mewakafkan harta untuk membina masjid atas nama ibu bapa mereka, mereka akan diberi ganjaran berikut:



1. Allah akan siapkan rumah dalam syurga bagi ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka juga akan mendapat pahala-pahala daripada semua amalan-amalan yang mereka lakukan di masjid itu. Ganjaran ini akan berterusan hingga ke Hari Kiamat.



2. Anak yang mewakafkan harta tersebut juga akan mendapat ganjaran yang sama seperti mana yang diperolehi oleh ibu bapa mereka.



3. Anak juga akan mendapat pahala berbakti kepada ibu bapa mereka dengan wakaf yang mereka dilakukan.



Namun, ada orang mungkin berasa berat hendak bersedekah atau berwakaf. Hendaklah kita ingat bahawa rasa berat ini adalah tipu daya syaitan.



Harta kita yang sebenar adalah harta yang telah kita sedekahkan.



Pada hakikatnya, harta kita menjadi semakin banyak atau berkekalan bukan kerana usaha yang kita lakukan.



Ia menjadi semakin banyak kerana kurniaan serta keberkatan atas harta tersebut.



Sebagai orang yang beriman, kita yakin bahawa semua harta yang kita perolehi adalah kurniaan Allah swt.



Dan apa saja harta yang kita infak dan sedekahkan untuk Allah swt akan digantikan oleh Allah swt di dunia.



Jika sedekah yang biasa seperti memberi makan kepada fakir miskin dan membantu orang susah akan digantikan oleh Allah swt di dunia, apalagi jika sedekah itu berbentuk wakaf yang digunakan untuk membina rumah Allah.



Pasti harta tersebut akan menjadi lebih berkat dan akan lebih banyak lagi balasan dari Allah swt.



Semoga Allah memberkati hidup setiap mereka yang mencurahkan harta untuk rumah Allah swt. Aamin Ya Rabbal 'Aalamin.




  • Penulis pendakwah bebas dan penasihat Syariah, Maybank Islamic Berhad




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >