Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Bermaafan hingga di luar Lebaran

May 16, 2021 | 05:30 AM



SUASANA bermaaf-maafan di bulan Syawal telah menjadi tradisi dalam masyarakat Islam di Nusantara.



Setiap kali tiba Hari Raya, kita dapat melihat suasana bermaaf-maafan, walaupun agama tidak menetapkan kelebihan khusus, jika ia diamalkan pada semasa Lebaran sahaja, meskipun pada dasarnya ini merupakan satu amalan yang sangat baik.



Bahkan, ada kepentingannya dari sudut keagamaan jika dibuat dengan betul dan secara ikhlas.



KEPENTINGAN BERMAAFAN DI ZAMAN IT DAN MEDIA SOSIAL



Sebagai insan yang hidup bermasyarakat, pastinya kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, terutama terhadap mereka yang kita kenali dan rapat dalam kehidupan kita.



Di zaman moden ini kesilapan juga boleh berlaku melalui pelbagai wadah seperti berkomunikasi melalui media sosial yang sangat berleluasa.



Selagi ada interaksi, selagi itu ada kemungkinan melakukan kesilapan.



Pada musim Lebaran ini, ambillah kesempatan untuk bermuhasabah diri sekiranya kita pernah melakukan dosa terhadap orang lain.



Kesalahan kita, kecil atau besar, mungkin juga telah dilakukan tanpa kita sedari. Jika hal ini tidak diambil berat akan timbul tanggapan bahawa tiada kesalahan yang telah berlaku di antara kita dan orang lain. Maka kita akan bermaaf-maafan tanpa ada kesungguhan dan keikhlasan di setiap kunjungan.



Memaafkan kesilapan amat digalakkan walaupun ia adalah hak individu dan memaafkan orang lain pada dasarnya bukanlah suatu kewajipan. Tetapi ia amat digalakkan oleh agama.



Perhatikan sebab-sebab di bawah sebagai sandaran mengapa kita perlu memaafkan kesilapan yang pernah dilakukan terhadap kita atau sebaliknya.



Pertama, dengan memaafkan orang lain, ini dapat menyelamatkan mereka di akhirat.



Kedua, dengan sebab kita memaafkan orang lain, mudah-mudahan Allah swt membuka hati orang yang pernah kita lakukan kesalahan agar memaafkan diri kita pula.



Ketiga, Allah swt mengampuni dosa hamba-hamba-Nya yang memaafkan saudaranya.



Firman-Nya yang bermaksud:



"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." [An-Nisa': ayat 149].



KESESUAIAN AMALAN BERMAAF-MAAFAN DI MUSIM LEBARAN



Hari Raya Aidilfitri adalah hari menyambut kejayaan menempuh Ramadan setelah berpuasa, dan melakukan ibadah-ibadah lain serta kerja-kerja kebajikan.



Maka wajarlah kita bergembira tanpa sebarang persengketaan, permusuhan dan daripada segala sifat mazmumah atau tercela sesama manusia.



Walau amalan bermaaf-maafan ini dilihat sebagai suatu tradisi, ternyata ada kesesuaiannya pada musim Hari Raya yang kerap diamalkan ini.



Maka ungkapan "minal 'aidin wal faizin wal maqbulin" (semoga kita kembali dengan kejayaan dan diterima segala amalan) yang sering disebut semasa Lebaran merupakan doa sesama saudara seagama demi meraih kejayaan di akhirat.



Mohon kemaafan dan maafkan kesalahan tidak perlukan batas dan juga waktu.



Dengan memahami kepentingan dan kebaikan kemaafan sesama manusia, kita tidak akan mengehadkan sifat ini hanya pada musim Lebaran.



Tiada yang lebih penting daripada terhapusnya dosa demi keselamatan bersama pada hari akhirat nanti.



KEMAAFAN NABI S.A.W



Pastikan kita melakukannya dengan penuh ikhlas dan mengetahui kelebihan-kelebihannya.



Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud:



"Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya"[HR MUSLIM].



Kemaafan Baginda semasa penaklukan Makkah meninggalkan impak yang amat mendalam. Baginda memberi ucapan kepada kaum Quraisy yang maksud:



"Pergilah, sesungguhnya kamu semua dibebaskan."



Nabi saw tidak membalas perbuatan jahat mereka dan tidak memaksa mereka memeluk agama Islam.



Akhirnya, mereka yang pernah memusuhi Islam, bahkan pernah merancang untuk membunuh Baginda, kini memilih untuk menganut agama Allah. Ini berlaku pada bulan Ramadan.



Maka sifat kemaafan boleh diterapkan pada bila-bila masa sahaja, selagi keadaannya sesuai.



Yang penting, hati terkesan dengan sifat ini, dan ia boleh mengundang kebaikan-kebaikan kepada orang lain.



  • Penulis merupakan Ketua di Pejabat Imam di Masjid Al-Ansar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >