Subuh
5:33
Syuruk
6:50
Zuhur
12:54
Asar
4:04
Maghrib
6:56
Isyak
8:05

Ketua rumah corak peribadi seisi keluarga

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hidayah
32
0

KEPIMPINAN SUAMI

Ketua rumah corak peribadi seisi keluarga

Sep 25, 2020 | 05:30 AM

KEPIMPINAN SUAMI BENTUK KELUARGA BAHAGIA

SEBUAH masyarakat yang berjaya hanya akan terbentuk sekiranya setiap ahli keluarga dalam masyarakat itu berasakan kehidupan bahagia.

Demikian ditekankan Ustaz Pasuni Maulan dalam kuliahnya.

Beliau membacakan doa yang menjadi asas membangunkan sebuah masyarakat iaitu:

"Rabbana hab lana min azwajina wa dzurriyatina qurrata a'yun, waja'alna lil muttaqina imama."

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa." - (Al-Furqon: 74)

Berdoa tanpa usaha hanya akan menjadi angan-angan. Tetapi, apabila doa dilengkapi dengan usaha, kita bakal menuju sebuah kenyataan. Namun, bagaimanakah kita dapat merealisasikan doa ini dalam kehidupan harian?

Persoalan ini dikupas oleh Ustaz Pasuni yang menyampaikan syarahannya bertajuk 'Menghuraikan doa dan hubungannya dengan pembangunan masyarakat' melalui Facebook@Assyakirin Mosque.

SUAMI SEBAGAI PEMIMPIN KELUARGA

Jika kita mahu bahagia bersama pasangan hidup kita, maka kita perlu mengamati peranan yang perlu dilaksanakan berdasarkan ketakwaan kepada Allah swt. Oleh itu, para suami dan isteri harus memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengecapi keluarga yang bahagia.

Jelas ustaz: "Sebagai seorang suami atau pemimpin keluarga, kita perlu mempunyai wawasan supaya kita dapat mencapai matlamat dalam kehidupan rumah tangga.

Suami perlu menunjukkan sifat teladan yang baik kepada isteri dan anak-anak. Ketiadaan contoh yang baik akan menyukarkan dan menggugat kepimpinannya."

Surah At-Tahriim, ayat yang ke-6 mengingatkan:

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan diri anggota keluarga kamu daripada menjadi bahan api neraka."

Ayat di atas mengarahkan atau memerintahkan pemimpin keluarga agar menjaga dirinya terlebih dahulu kerana pemimpin menjadi kurang sempurna jika dia tidak menunjukkan sikap yang baik untuk diikuti, kata Ustaz Pasuni.

ISTERI PELENGKAP SUAMI

Beliau menambah: "Sudah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk melengkapkan keperluan asas (makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal) kepada keluarga.

Oleh itu, seorang suami tidak boleh hanya bergantung kepada isteri. Sekiranya keperluan tersebut dibantu oleh isteri, maka ia tidak menjadi masalah kerana kehidupan berkeluarga adalah kehidupan yang saling membantu."

Namun, mutu seorang pemimpin akan turun nilainya jika dia hanya bergantung kepada ihsan dan pendapatan isteri semata-mata. Isteri ialah pelengkap kehidupan, tetapi isteri bukanlah tempat bergantung untuk melengkapkan kehidupan.

Seorang isteri yang dikatakan sebagai penyejuk mata bagi seorang lelaki bergelar suami pula perlu sedar tentang tanggungjawab yang perlu dimainkan bagi menambah sokongan terhadap sesebuah keluarga tersebut.

Dengan ketakwaan yang diwujudkan, pasangan suami isteri berupaya mengharungi 'ribut' atau 'bah' yang melanda dalam hubungan masing-masing. Hal ini demikian kerana hidup yang berlandaskan ketakwaan akan diberikan kemudahan untuk mencapai sebuah matlamat."

SEORANG AYAH CERMINAN KELUARGA

Ustaz Pasuni turut menekankan peranan seorang ayah dalam kehidupan berkeluarga.

Katanya: "Sebagai seorang ayah, seseorang itu perlu berupaya mengatur masa depan anak-anak dengan baik.

"Mereka perlu memberi rangsangan dan motivasi kepada anak-anak supaya anak-anak terdorong untuk mencapai kejayaan yang terbaik.

"Dengan kepimpinan ketua keluarga dan sokongan ibu, maka semuanya akan berjalan dengan lebih lancar. Jika bimbingan seorang ayah sebagai ketua keluarga kurang menyenangkan, jangan bermimpi untuk menjadikan anak dan isteri sebagai penyejuk mata.

"Apa yang kita semai, itulah yang kita tuai. Oleh itu, kita pasti ingin menyemai nilai-nilai baik supaya hasilnya juga dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan."

CARI HIKMAH DI SEBALIK DUGAAN

Seterusnya Ustaz Pasuni menerangkan bahawa pergaulan yang baik mestilah didatangi bersama perkataan-perkataan yang elok - elok didengar, elok isinya dan elok cara penyampaiannya.

Jadi, tunjukkanlah contoh-contoh yang baik.

Selain itu, mungkin ada beberapa perkara yang tidak disukai dalam kehidupan berkeluarga, tetapi dalam keadaan itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Contohnya, apabila seorang suami pulang lambat tanpa memberitahu isteri, tentu situasi ini tidak disenangi isteri yang mungkin akan bermasam muka. Suami pula harus melihat perkara ini dengan berhikmah.

Seorang isteri bimbang jika perkara-perkara yang tidak diingini terjadi. Hal ini menampakkan betapa cinta dan kasihnya seorang isteri kepada si suami.

Sebenarnya, kita perlu berkongsi hidup dalam kehidupan berkeluarga. Jadi, situasi sebegitu bukanlah untuk mengawal pergerakan dan gerak-geri pasangan, tetapi ia lebih kepada rasa kepedulian.

Oleh itu, setiap perlakuan yang kurang menyenangkan, harus difikirkan tentang sebab berlakunya perkara tersebut sehingga kita mampu mengambil faedah daripadanya.

"Allah swt yang menciptakan manusia dan Allah swt lebih mengetahui tentang kelemahan yang ada pada makhluk yang diciptakan. Maka, usahalah untuk melakukan perkara-perkara yang diredai-Nya," kata beliau.

  • Ustaz Pasuni Maulan ialah kadi di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM). Beliau juga pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Tentera Di-Raja; naib pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan mantan pendaftar di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).

Sudah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk melengkapkan keperluan asas (makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal) kepada keluarga.
Oleh itu, seorang suami tidak boleh hanya bergantung kepada isteri. Sekiranya keperluan tersebut dibantu oleh isteri, maka ia tidak menjadi masalah kerana kehidupan berkeluarga adalah kehidupan yang saling membantu.
Namun, mutu seorang pemimpin akan turun nilainya jika dia hanya bergantung kepada ihsan dan pendapatan isteri semata-mata. Isteri ialah pelengkap kehidupan, tetapi isteri bukanlah tempat bergantung untuk melengkapkan kehidupan."

- Ustaz Pasuni Maulan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3