Ibadah haji kemuncak segala pengorbanan..., Berita Hidayah - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hidayah0

Ibadah haji kemuncak segala pengorbanan...

Jul 21, 2021 | 05:30 AM

MUSIM haji tahun ini menyaksikan 'tetamu Allah' yang dipilih sekitar 60,000 orang, berbanding 2.5 juta jemaah pada tahun-tahun sebelumnya.

Disebabkan pandemik Covid-19 yang berterusan, Arab Saudi mengehadkan bilangan jemaah bagi membendung penularan virus dengan jarak fizikal dikuatkuasa ketika tawaf dan melontar jamrah.

Batu kerikil untuk melontar juga sudah siap disanitasi dan dibungkus untuk jemaah.

Malah penyediaan makanan yang dijaga rapi bagi mengelak sebarang kemungkinan jangkitan Covid-19.

Walaupun ramai yang kecewa kerana tidak dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci, namun demi keselamatan dan kesihatan, umat Islam reda.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dua mutawif haji yang berpengalaman, Ustaz Abdul Hafiz Md Taha Suhaimi dan Ustaz Jalaluddin Hassan dalam Program Menjelajah Makkah, Arafah & Mina anjuran Masjid Al-Amin mengambil kira ibrah musim haji dan mengisi kerinduan jemaah dan umat Islam terhadap Tanah Suci.

Ini selepas dua tahun Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan jemaah haji seluruh dunia akibat Covid-19.

Ustaz Abdul Hafiz berkata pelbagai kelebihan yang terkandung dalam perjalanan suci umat Islam ini bagi mereka yang melaksanakan rukun ini dengan penuh ketakwaan.

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan." (Riwayat Ibnu Majah, Tabarani dan al-Baihaqi)

Hadis di atas menerangkan tentang kelebihan haji dan umrah.

Sebagai tetamu Allah swt, individu itu pasti diberikan ganjaran jika dia menunaikan haji dengan adab dan syarat yang dijaga.

BELAJAR ILMU HAJI

Selepas dua tahun Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan jemaah haji seluruh dunia akibat Covid-19, inilah kesempatan bakal jemaah untuk meningkatkan pengetahuan tentang ibadah haji.

Ustaz Abdul Hafiz Md Taha Suhaimi menerangkan bahawa terdapat beberapa syarat yang perlu dijaga sepanjang berada di Makkah.

"Para jemaah perlu mengelakkan maksiat seperti bergaduh, merendah-rendahkan orang dan lain-lain.

"Mereka juga perlu banyak bersabar kerana bermacam ragam orang di sana yang akan menguji keimanan kita.

"Jadi, sebelum berangkat untuk menunaikan haji, belajar syarat dan rukun yang ditetapkan melalui saluran yang betul seperti kursus (berguru) dan sebagainya. Rukun haji ada enam perkara iaitu niat, wukuf di Arafah, tawaf haji (pusing kaabah tujuh pusingan), sa'i haji, bercukur (bergunting) dan tertib pada kebanyakan rukun haji. Kalau terlepas satu rukun, tetap perlu habiskan ibadah haji."

"Wajib haji pula ada enam perkara yang perlu dititikberatkan seperti berniat di Miqat, meninggalkan larangan ihram, bermalam di Muzdalifah, melontar di Jamratul Aqabah, bermalam di Mina dan melontar di ketiga-ketiga Jamrah.

"Bagi memperolehi pahala haji mabrur, para jemaah dinasihatkan untuk membuat persediaan menyeluruh, merangkumi aspek ilmu zahir dan batin. Ia menjadi satu kerugian jika jemaah gagal memanfaatkan peluang yang diberikan dalam pelaksanaan ibadah haji."

HAJI KEMUNCAK PENGORBANAN

Ustaz Jalaluddin pula menyatakan ibadah haji sebagai perjalanan menuju kepada Allah swt yang menjadi kemuncak kepada keseluruhan pengorbanan.

Ia gabungan daripada pengorbanan seperti kesungguhan dalam diri, kawalan nafsu, pengeluaran wang, serta tekad untuk meninggalkan segala harta dan keluarga buat sementara waktu.

"Kita berkorban untuk melawan segala keinginan dan sabar menghadapi segala kesukaran.

"Pelbagai perkara yang dikorbankan dengan keyakinan bahawa setiap pengorbanan akan diberi ganjaran yang sangat besar di sisi Allah swt," ujar Ustaz Jalaluddin.

Sesungguhnya, Rasulullah saw telah bersabda: "Haji mabrur (penuh kebajikan) lebih baik daripada dunia dan segala isinya serta haji mabrur tiada balasan kecuali syurga." (HR Bukhari)

TUNAI HAJI SEKALI SAHAJA SEUMUR HIDUP?

Tambah Ustaz Jalaluddin: "Setiap umat Islam diwajibkan untuk menunaikan haji sekali sahaja seumur hidup. Namun, ia bukan bermakna kita tidak boleh melakukannya berkali-kali.

Mungkin ada yang bimbang jika ibadah haji yang pertamanya tidak sempurna akibat beberapa sebab tertentu.

"Jadi, sebagai penebus kepada kekurangan itu, kita boleh melakukannya berkali-kali bagi yang mampu. Mungkin ada yang akan menyoalkan tindakan kita, tetapi ingatlah bahawa Allah swt menilai kesungguhan seseorang hamba-Nya.

"Apabila pergi ke sana, kita bukan sekadar membawa jasad, tetapi kita perlu 'roh' yang penuh penghayatan.

"Mudah-mudahan, umat Islam dapat kembali meneruskan rukun haji seperti sedia kala dengan izin Allah swt kelak. Niat itu lebih utama daripada amalan. Apabila kita mempunyai niat untuk melakukan sesuatu, Insya-Allah akan dipermudahkan."

  • Ustaz Jalaluddin Hassan merupakan pengasas dan mutawif bagi Jalaluddin Services Pte Ltd.
  • Ustaz Abdul Hafiz Md Taha Suhaimi ialah pengarah urusan Alhafiz Travels & Services. Beliau juga mutawif haji yang berpengalaman sejak tahun 1980.

" Kita berkorban untuk melawan segala keinginan dan sabar menghadapi segala kesukaran. Pelbagai perkara yang dikorbankan dengan keyakinan bahawa setiap pengorbanan akan diberi ganjaran yang sangat besar di sisi Allah swt... Apabila pergi ke sana, kita bukan sekadar membawa jasad, tetapi kita perlu 'roh' yang penuh penghayatan. Mudah-mudahan, umat Islam dapat kembali meneruskan rukun haji seperti sedia kala dengan izin Allah swt kelak. Niat itu lebih utama daripada amalan. Apabila kita mempunyai niat untuk melakukan sesuatu, Insya-Allah akan dipermudahkan.
- Ustaz Jalaluddin Hassan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map