Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

SEKITAR RAMADAN

Iktibar dari kisah sahabat Nabi prihatin keperluan sekeliling

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



SYUKUR kepada Allah swt kerana mengizinkan kita memberi kesempatan melaksanakan ibadah puasa hari ini.



Semoga Allah swt mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan akan datang serta menerima segala amal ibadah di bulan rahmat ini.



KISAH SAYIDINA UMAR RA



Dalam bulan mulia ini, ada baiknya kita menyusur sejarah dan mengambil iktibar yang dapat membantu memperkukuh semangat kita sebagai Muslim.



Antaranya ialah kisah Sayidina Umar ra.



Beliau dikenali sebagai seorang sahabat yang tegas dan berwibawa.



Setelah dilantik menjadi khalifah, beliau pernah menziarah kawasan di pedalaman di kota Madinah pada waktu malam untuk menyaksikan keadaan rakyat di bawah pemerintahannya.



Tiada siapa tahu akan kunjungan Sayidina Umar ketika itu.



Malah, rakyat juga tidak cam wajahnya kerana mereka tinggal amat jauh daripada khalifah Umar ra.



Setibanya beliau di satu perkampungan, beliau terdengar bunyi tangisan kanak-kanak.



Tangisan yang sungguh sayu itu membuat beliau ingin tahu dari mana tangisan tersebut dan apakah yang menyebabkannya menangis.



Setibanya Sayidina Umar di sebuah pondok, beliau melihat seorang wanita sedang mengacau lauk di atas periuk api itu.



Sayidina Umar lalu bertanya kepadanya sebab anak kecil itu menangis.



Wanita itu menjawab, mereka dalam kelaparan yang teramat tetapi tiada makanan langsung.



Sayidina Umar ra lalu berkata, apa yang sedang dimasak dalam periuk itu? Mengapa tidak dihidangkan?



Beliau terkejutnya apabila mendapat tahu bahawa periuk itu hanya berisi batu.



Ketika ditanya, mengapa wanita itu menjelaskan bahawa bahawa beliau terpaksa membohongi anak-anaknya beliau seolah-olah sedang memasak, walhal hanya batu, agar mereka menyangka ada makanan yang akan dihidangkan nanti.



Ibu itu berharap ia akan dapat menenangkan mereka dan membuat mereka berhenti menangis.



Keluarga itu begitu daif.



Keadaan wanita dan anak-anaknya itu membuat Sayidina Umar ra sangat hiba.



Beliau lalu bergegas ke Baitul Mal dan menghadiahkan seguni gandum buat mereka.



SIFAT MULIA DITANAM RASULULLAH



Kisah ini harus membuka mata kita akan mulianya sifat yang ditanamkan Baginda Nabi Muhammad saw kepada sahabat-sahabatnya.



Rasulullah saw dan para sahabat bersikap amat prihatin, lembut hati dan mudah bersimpati kepada mereka yang mengalami kesusahan.



Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw telah bersabda:



"Tidak sempurna keimanan kamu sekiranya perut kamu kenyang sedang tetangga sebelah kelaparan" (Hadis Riwayat Bukhari).



Rasulullah saw mengingatkan kita supaya tidak sekadar menuruti tuntutan ibadah malah mengingatkan bahawa antara bukti keimanan seseorang adalah dengan memiliki sifat keprihatinan terhadap keperluan orang-orang di sekeliling kita.



Hidup berkasih sayang dan mengambil berat akan sesama manusia adalah satu ciri penting dalam menyatukan ummah.



Ia merupakan perkara yang amat besar impak manfaatnya.



Justeru, Rasulullah saw mengumpamakan umat Islam sebagai satu jasad.



Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:



"Perumpamaan kaum Mukminin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut berasa sakit dan berjaga malam dan demam." (Hadis Riwayat Muslim).



Daripada hadis ini, dapat kita ambil pelajaran bahawa setiap Mukmin dengan Mukmin yang lain saling kait-mengait.



Jika salah seorang ditimpa kesusahan atau kesedihan, hendaklah kita sebagai Mukmin sejati mengambil berat terhadap mereka supaya dapat diringankan sedikit kesakitan yang dialami.



Kita harus jauhi sikap pentingkan diri sendiri kerana Islam adalah agama yang penuh rahmah dan kasih sayang.



Di dalam situasi pandemik Covid-19 ini, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kita maklum ada sebahagian individu yang mungkin berhadapan dengan situasi kehidupan yang amat sukar.



Mungkin ada yang menghadapi cabaran seperti kehilangan sumber nafkah dan seterusnya.



Usahakanlah untuk bertanya khabar antara satu sama lain. Selalu peka, memerhatikan dan mengambil berat akan keadaan insan di sekeliling kita.



Bersama-samalah kita terus memupuk sikap bermurah hati untuk membantu golongan yang memerlukan dari segi emosi, fizikal, kewangan dan sebagainya.



Sebagaimana telah dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam hadisnya:



"Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Abdul Hurairah).



TUNAIKAN ZAKAT



Antara rukun Islam ialah menunaikan zakat.



Di dalamnya terdapat hak bagi golongan yang memerlukan.



Sememangnya, zakat ini mampu memperkukuh dan membina daya tahan masyarakat Islam.



Kita mohon semoga Allah swt memakbulkan segala niat murni kita untuk membuat kebaikan.



Semoga dengan berkat bulan Ramadan ini dapat menjadikan sebab bagi kita untuk menjadi lebih baik dan menjadi individu yang dapat memberi manfaat berterusan kepada orang ramai.



  • Penulis pegawai pembangunan keluarga, Masjid Yusof Ishak




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >