Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Islam ubah persepsi masyarakat terhadap wanita

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



IBARAT sebutir permata yang sangat bernilai, Islam meletakkan wanita sebagai satu makhluk yang harus dihormati dan dijaga dengan penuh kasih sayang.



Segala syariat yang ditetapkan dalam kerangka memuliakan wanita adalah bertujuan untuk mengangkat darjat wanita ke arah yang lebih tinggi.



WANITA HARUS DIHORMATI



Dari Abu Hurairah, beliau berkata:



"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dan bertanya kepada baginda dengan pertanyaan: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak saya hormati?"



Rasulullah menjawab, "Ibumu." Orang tersebut bertanya lagi, "Lalu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Orang itu bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Orang tersebut bertanya lagi, "Kemudian siapa?" Akhirnya Rasulullah pun menjawab, "Kemudian, ayahmu." (HR. Muslim).



Menurut Ustaz Mohamad Rais: "Apa yang disabdakan Nabi Muhammad saw ini menjadi isyarat bahawa kedudukan wanita itu sangat tinggi dari segi agama Islam.



"Walaupun lelaki dilihat lebih kuat dan berkeupayaan, namun Islam tidak memandang kepada kekuatan fizikal. Kekuatan sebenar adalah kekuatan yang wujud dalam jiwa.



"Mukmin yang kuat lebih baik daripada mukmin yang daif. Kuat disini bermaksud keupayaan memiliki kekuatan menyeluruh secara rohani mahu pun jasmani."



SIKAP ORANG ARAB JAHILIAH



Berbalik kepada zaman jahiliah, masyarakat Arab terdahulu suka berperang kerana mereka ingin menonjolkan kekuatan fizikal kepada musuh-musuh.



Mereka juga akan menawan negeri dan manusia, termasuklah kaum wanita. Kemudian, mereka memandang wanita dengan penuh kehinaan dan tidak mempunyai harga.



"Malahan, wanita cuma menjadi permainan atau 'alat' untuk dipergunakan untuk memuaskan nafsu lelaki sahaja," ujar Ustaz.



"Orang Arab jahiliah sangat bencikan wanita sehingga mereka tidak suka akan anak perempuan. Mereka berasa malu untuk mempunyai anak-anak perempuan kerana bagi mereka, anak-anak perempuan tidak berharga, jika dibandingkan dengan anak-anak lelaki."



Dalam surah An-Nahl, Allah swt berfirman tentang sikap orang Arab terdahulu yang menguburkan anak-anak perempuan secara hidup-hidup iaitu:



"Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.



"Ia bersembunyi daripada orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu." (16: 58-59)



Berdasarkan ayat ini, Allah swt melarang perbuatan merendah-rendahkan anak perempuan, apatah lagi membunuh mereka. Jelaslah, darjat seorang seorang wanita telah berubah setelah kemunculan Islam, sebut ustaz.



ISLAM CAHAYA KEGELAPAN BAGI WANITA



Ustaz Mohamad Rais berkata: "Setelah risalah Islam mula tersebar, Islam memerangi segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku, khususnya terhadap wanita. Dengan itu, Islam mengangkat darjat wanita setinggi-tingginya dengan mengeluarkan wanita dari kegelapan yang menyelubungi mereka pada ketika itu.



"Masyarakat terdahulu juga tidak kisah untuk berkahwin dengan berapa orang sekali pun dan kebiasaanya lelaki akan mempunyai isteri yang ramai. Dengan kedatangan era baru Islam, jumlah wanita yang boleh dikahwini telah dihadkan sepenuhnya kepada empat orang sahaja bagi seorang lelaki, itupun jika berkemampuan. Kini, Islam menjadi jalan keluar dan cahaya kepada sebuah harapan yang lebih bersinar buat kaum wanita."



MARTABAT WANITA DIANGKAT



Penghormatan Islam terhadap wanita juga dibuktikan melalui larangan untuk memiliki sebarang wanita secara terpaksa. Oleh itu, Islam memperkenalkan bentuk perkahwinan yang lebih baik. Jika hendak memiliki, hendaklah berkahwin dengan kerelaan perempuan dan walinya.



Sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nisaa':



"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.



"Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)." (4:19)



"Dalam ayat ini menjelaskan tentang kewajipan lelaki untuk menghormati dan melayani wanita dengan cara yang dibenarkan.



"Maksudnya, besar tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga kaum wanita. Di sini, martabat seorang wanita sangat dijaga kerana wanita diangkat untuk lebih dimuliakan dalam Islam," bicara ustaz.



  • Ustaz Mohamad Rais berkelulusan Sarjana Muda bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah.


" Apa yang disabdakan Nabi Muhammad saw ini menjadi isyarat bahawa kedudukan wanita itu sangat tinggi dari segi agama Islam.

Walaupun lelaki dilihat lebih kuat dan berkeupayaan, namun Islam tidak memandang kepada kekuatan fizikal. Kekuatan sebenar adalah kekuatan yang wujud dalam jiwa.

Mukmin yang kuat lebih baik daripada mukmin yang daif. Kuat disini bermaksud keupayaan memiliki kekuatan menyeluruh secara rohani mahu pun jasmani."

- Ustaz Mohamad Rais




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >