Jadilah insan yang bermanfaat bagi orang lain, Berita Hidayah - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
4:00
Maghrib
7:03
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hidayah0

Jadilah insan yang bermanfaat bagi orang lain

Sep 02, 2021 | 05:30 AM

KEGIATAN kesukarelawanan adalah satu amal jariah yang terpuji kerana sukarelawan melakukan kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Sebaliknya, tugas ini dijalankan atas kehendak sendiri untuk membantu orang lain dan berkhidmat untuk masyarakat yang memerlukan.

Dari sudut pandangan Islam, amalan kesukarelawanan ini amat digalakkan kerana ia adalah salah satu cara berlumba-lumba ke arah kebaikan dan mengejar keredaan Allah swt.

Seperti yang difirmankan Allah swt:

"Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera mengerjakan berbagai-bagai kebajikan.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh." (Ali-Imran: 114)

TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Kerja kesukarelawanan juga menjadi komitmen sosial yang boleh dilakukan secara individu atau organisasi.

Tidak kira sekecil mana pun tanggungjawab sosial yang dihasilkan, ia pasti mendapat manfaat yang besar di akhirat kelak.

Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Murat Md. Aris berkata:

"Menjaga kesejahteraan ramai adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam.

"Terdapat sebuah kisah seorang individu yang dikurniakan syurga oleh Allah swt hanya kerana beliau mengalihkan dahan berduri daripada mengganggu perjalanan orang ramai.

"Walaupun kebajikan seorang hamba itu dianggap kecil oleh manusia, ia dicatatkan sebagai pahala yang besar pada pandangan Allah swt.

"Hal ini kerana, kebajikan itu dilakukan dengan penuh keikhlasan demi kesejahteraan ramai.

"Sehubungan dengan itu, kita sedar bahawa masyarakat masih berdepan dengan ancaman wabak yang menular.

"Oleh itu, peranan kita masih diperlukan untuk memelihara kesejahteraan masyarakat.

"Sebagai seorang Muslim, kita perlu amalkan sikap tanggungjawab dan bersedia mengorbankan keinginan peribadi demi kemaslahatan bersama."

USAHA UNTUK KEBAIKAN ORANG LAIN

Khidmat bakti kepada masyarakat menjadi satu tanda prihatin terhadap masalah sekeliling.

Mantan presiden kanan Mahkamah Syariah, Ustaz Sallim Jasman, turut menyeru masyarakat supaya melakukan kebaikan dan kebajikan terhadap orang lain agar kehidupannya diberkati oleh Allah swt.

Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah menunaikan hajatnya." (Hadis riwayat Muslim)

Ustaz Sallim menjelaskan:

"Marilah berfikir sejenak tentang apakah hajat insan lain yang boleh ditunaikan kerana ramai yang memerlukan bantuan pada musim pandemik ini.

"Walaupun berhadapan dengan cabaran wabak, seorang Mukmin tidak akan berpeluk tubuh dan hanya berserah kepada nasib sahaja.

"Sebaliknya, dia akan berusaha untuk meraih kebaikan buat diri sendiri serta tidak melupakan saudara yang berada dalam kesusahan.

"Kadangkala, terdapat ahli keluarga atau saudara terdekat yang terdesak.

"Jadi, seringlah bertanya khabar dan membuat amal kebajikan serta berkongsi nikmat demi kebaikan bersama."

Keinginan untuk membantu meringankan beban orang lain bertepatan dengan tuntutan yang diajar oleh Nabi Muhammad saw kepada umatnya.

MANUSIA BERMANFAAT BAGI ORANG LAIN

Hal ini sejajar dengan sabda Baginda saw:

"Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain." (HR Ahmad, Ath-Thabrani)

Ustaz Sallim menjelaskan:

"Ambillah peluang untuk menyucikan hati daripada sifat ananiyah, iaitu sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini mengakibatkan seseorang itu hanya memikirkan kepentingan diri sahaja tanpa mempedulikan orang lain, sehingga taksub dengan diri sendiri.

"Kita memerlukan satu sama lain. Jadilah seorang Mukmin yang memberi kebaikan kepada setiap insan. Semoga segala pengorbanan yang sedang dilakukan menjadi satu kebaikan, tanamkan tekad dan teruslah bertahan."

  • Timbalan Mufti, Ustaz Mohammad Murat Md. Aris memiliki Sarjana (Usuluddin dan Perbandingan Agama), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).
  • Ustaz Sallim Jasman ialah mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah dan lulusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah dan Kolej Islam Malaya di Klang, Selangor.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map