Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Jangan jadikan diri tin kosong

Islam pentingkan ilmu untuk beramal, dan ilmu tidak bermakna tanpa akhlak
Nov 13, 2020 | 05:30 AM



SESIAPA yang bertakwa kepada Allah swt tanpa ilmu, dia diibaratkan tin kosong.



Perumpamaan yang diberikan oleh Ustaz Drs Ahmad Dahri itu memberi gambaran tentang kepentingan dan peranan ilmu dalam beribadah.



Ustaz Drs Ahmad Dahri menyatakan demikian dalam 'Bicara Rohani' menerusi Facebook LIVE@Masjid Al-Istiqamah baru-baru ini.



KELEBIHAN MENUNTUT ILMU



Rasulullah saw bersabda, bermaksud:



"Wahai Abu Zar, kamu keluar dari rumah kamu pada pagi hari untuk mempelajari satu ayat daripada kitab Allah lebih baik bagi kamu daripada kamu solat sunat 100 rakaat.



"Kamu keluar dari rumah kamu pada pagi hari untuk mengajar satu bab daripada ilmu, sama ada kamu beramal dengannya atau tidak beramal dengannya, maka itu lebih baik daripada kamu solat sunat 1,000 rakaat." (hadis riwayat Ibnu Majah)



"Melalui hadis yang disebutkan itu, Rasulullah saw menerangkan tentang kepentingan belajar dan mengajar ilmu kepada orang lain, dimana mereka mendapat pahala yang besar di sisi Allah swt," ujar Ustaz Ahmad Dahri.



Selain itu, kisah kelebihan menuntut ilmu juga diceritakan oleh Abu Hurairah ra yang berkata Nabi Muhammad saw bersabda:



"Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah swt akan memudahkan baginya jalan menuju syurga." (HR Muslim)



"Dengan itu, marilah kita berebut peluang untuk memperolehi kelebihan yang dijanjikan Allah swt.



"Mudah-mudahan, ilmu yang dipelajari akan membolehkan kita memperolehi manfaat yang baik," kata Ustaz Ahmad Dahri lagi.



BERAMAL DENGAN ILMU



Ustaz Ahmad Dahri menjelaskan lebih lanjut bahawa sesuatu ilmu itu menjadi penyuluh hidup dalam kehidupan seorang Muslim.



"Orang yang tiada ilmu seperti orang yang berada dalam kegelapan.



"Bayangkan jika kita berjalan dalam keadaan yang gelap-gelita dan tiada alat penerang," ujarnya.



Dalam mencari ilmu, seseorang itu hendaklah berusaha mengamalkannya, kerana Allah berfirman dalam ayat kedua dan ketiga surah As-Saff:



"Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."



Ustaz Ahmad Dahri berkata: "Ilmu menjadi penyuluh hidup dan pengamalannya menjadi bekal perjalanan.



"Contohnya, jika kita hendak pergi ke Makkah, pelbagai persiapan dan bekalan akan disediakan demi keselamatan.



"Demikian juga dengan amalan, yang menjadi bekalan dalam perjalanan kita menuju ke arah yang benar."



BERILMU, BERAMAL DAN BERAKHLAK



Beliau menekankan bahawa ilmu tidak akan i bermakna tanpa akhlak. Peranan akhlak sangat penting kerana ia menjadi hiasan jiwa dan peribadi dalam menuju destinasi yang sudah pasti.



"Allah swt tidak memuji ibadah Nabi Muhammad saw, sebaliknya Allah swt memuji akhlak yang ada pada diri baginda saw," jelasnya.



Ini terdapat pada firman Allah swt dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia." (Al-Qalam: 4)



"Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa peranan akhlak menjadi satu kepentingan dalam membentuk peribadi yang mulia.



"Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang berilmu, beramal, dan berakhlak," ujar Ustaz Ahmad Dahri.



PELAJARI KISAH ABU UMAMAH



Daripada Abu Said al-Khudri, beliau berkata: Ketika Nabi Muhammad saw masuk ke sebuah masjid, baginda menemui seorang lelaki Ansar bernama Abu Umamah.



"Lalu, Nabi Muhammad menegur dengan ucapan, 'Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk di dalam masjid di luar waktu solat?'.



"Abu Umamah menjawab: "Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah."



"Rasulullah saw terus menjawab, 'Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.'.



"Lalu, Rasulullah saw mengajarkan sebuah doa yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada Engkau daripada kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung pada Engkau daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung pada Engkau daripada sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung pada Engkau daripada bebanan hutang dan penindasan manusia." (HR Abu Daud)



Ustaz Ahmad Dahri berkata Abu Umamah mengamalkan ilmu doa yang diajari Rasulullah saw itu. Dengan, Allah swt melenyapkan keresahan yang dialaminya.



"Apabila sifat negatif sudah hilang, maka seseorang itu berasa lebih aman. Justeru, teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal agar segala pekerjaan kita mendapatkan kebaikan," nasihat beliau.



Drs Ahmad Dahri, 61 tahun, seorang penceramah bebas berkelulusan bidang Syariah dari Universiti Islam Sumatera Utara, Indonesia; dan bidang bahasa Arab dari Darul Ulum Makkah di Arab Saudi. Beliau juga memiliki ijazah dari Universiti Al-Qarawiyyin di Fez, Maghribi, dalam bidang Syariah. Beliau mendalami ilmunya dengan mengikuti kursus ijazah Sarjana di Universitas Al-Washliyah (Univa) Sumatera Utara.




PENTINGNYA MENUNTUT ILMU



"Wahai Abu Zar, kamu keluar dari rumah kamu pada pagi hari untuk mempelajari satu ayat daripada kitab Allah lebih baik bagi kamu daripada kamu solat sunat 100 rakaat. Kamu keluar dari rumah kamu pada pagi hari untuk mengajar satu bab daripada ilmu, sama ada kamu beramal dengannya atau tidak beramal dengannya, maka itu lebih baik daripada kamu solat sunat 1,000 rakaat."
- Sabda Rasulullah saw (hadis riwayat Ibnu Majah).



PENTINGNYA MENGAMALKAN ILMU



"Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
- Al-Quran, Surah As-Saff, ayat 2-3.



PENTINGNYA ILMU DISERTAI AKHLAK



"Allah swt tidak memuji ibadah Nabi Muhammad saw, sebaliknya Allah swt memuji akhlak yang ada pada diri baginda saw."
- Drs Ahmad Dahri sambil merujuk surah Al-Qalam, ayat empat bahawa Nabi mempunyai akhlak amat mulia.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >