Asatizah sering dikaitkan dengan mereka yang memberi pendidikan Islam formal di madrasah atau kelas pengajian masjid dan swasta. Namun, ada segelintir yang giat melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan di luar lingkungan kelas agama biasa. Dalam rencana kedua siri dwimingguan ini, kami memaparkan kegiatan kaunseling Ustaz Shaikh Loqman Shaikh Hasan, yang juga kaunselor bertauliah, dalam rangka kerja dakwah beliau. DARWIS SAID (darwis@sph.com.sg) melaporkan.
KEPERLUAN menyampaikan nasihat dan nilai positif Islam kepada mereka di "luar jangkauan pengaruh masjid" menjadi pendorong seorang azatizah dalam usahanya mendekati golongan Islam bermasalah di sini.