Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Keistimewaan kaum Hawa

Oct 10, 2021 | 05:30 AM



Para wanita sangat beruntung kerana mereka adalah golongan yang mudah untuk mengutip pahala di dunia. Dengan menjalani kehidupan yang berlandaskan aturan agama Islam, wanita bakal memperolehi pelbagai keistimewaan di akhirat kelak.




BIDADARI SYURGA KALAH DENGAN WANITA DUNIA



USTAZAH Suhanah Ahmad menyatakan bidadari syurga akan kalah dengan keistimewaan yang dimiliki oleh wanita solehah yang ada di dunia. Hal ini kerana, Allah swt telah berjanji bahawa seorang wanita solehah adalah lebih mulia daripada bidadari syurga.



Seperti mana yang disebut oleh Ummu Salamah (isteri Rasulullah saw), katanya (dalam sebuah hadis yang panjang):



"Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?"



Baginda memberitahu: "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin." Ummu Salamah bertanya lagi, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?"



Baginda menjawab: "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan perhiasan kuning, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. (Hadis riwayat al-Tabrani).



BEBAS KE PINTU SYURGA YANG DISUKAI



Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda:



"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan taat kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki." (Hadis riwayat Imam Ahmad).



Ustazah Suhanah menerangkan: "Janji Allah swt dan rasul ini mengangkat martabat kita sebagai seorang wanita. Insya-Allah, jika kita taat kepada Allah swt dan mengikuti 4 perkara yang disebut tadi, maka kita akan dimasukkan ke syurga dalam keadaan persis bidadari.



"Perbaiki diri dan amalkan sunah Nabi saw yang mudah bersama keluarga secara istiqamah. Jaga solat dengan sempurna dan tepat waktu. Apabila kita solat tepat waktu, ertinya kita berjaya menunaikan tanggungjawab kepada Allah swt. Dengan itu, hati akan lebih cepat berasa tenang."



  • Ustazah Suhanah Ahmad bekerja sebagai Penolong Ketua Jabatan Pembangunan Sosial Masjid Darul Makmur dan merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari sebuah universiti di Jogjakarta.


KHIDMAT JIHAD ISTERI DI RUMAH



USTAZAH Kalthom Md Isa pula membacakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Annas bin Malik ra, bahawa para isteri Nabi saw datang seraya berkata: “Wahai Rasulullah, kaum lelaki keluar dengan keutamaan jihad di jalan Allah. Lalu, apa amalan kami yang boleh menyamai amalan para mujahid di jalan Allah swt?



Maka, Rasulullah saw menjawab: “Pelayanan salah seorang daripada kalian di rumahnya boleh menyamai para mujahid di jalan Allah swt.”



“Setiap daripada manusia mempunyai peranan masing-masing untuk disempurnakan sebagai seorang isteri, suami, anak dan ibu bapa. Contohnya, memang seorang isteri mempunyai banyak kerja rumah yang perlu diselesaikan di rumah. Tetapi, jika dia melakukan tugas rumah tangga itu dengan penuh keikhlasan, dia akan memperolehi pahala yang besar kerana berbakti kepada keluarga di rumah,” kata Ustazah Kalthom.



  • Ustazah Kalthom Muhammad Isa merupakan graduan Sarjana dalam bidang Pengajian Islam Silang Disiplin dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidaya’tullah, Jakarta, Indonesia.

    Beliau salah seorang kaunselor di Kumpulan Pemulihan Agama (RRG).


KISAH UMMU MIHJAN BERSIHKAN RUMAH ALLAH



KETUA Unit Pembelajaran Islam Masjid Al-Amin, Ustaz Syafiee Hassan, menceritakan menerusi Facebook Masjid Al-Amin SG tentang kisah seorang wanita bernama Ummu Mihjan yang mengabdikan dirinya kepada Islam dengan menjaga kebersihan tempat solat di Masjid Nabawi.



Hampir setiap hari, Ummu Mihjan akan membersihkan kawasan masjid daripada segala kekotoran agar para jemaah dapat meneruskan rutin harian ke masjid dalam keadaan yang selesa.



Setelah itu, beliau ditakdirkan meninggal dunia dan berita ketiadaan beliau belum diketahui Rasulullah saw.



Lalu, Rasulullah saw mencarinya dan bertanya kepada para sahabat tentang Ummu Mihjan yang tidak dilihat oleh baginda saw.



Kemudian, para sahabat mengkhabarkan bahawa Ummu Mihjan telah meninggal dunia.



Lantas, Rasulullah saw meminta para sahabat untuk menunjukkan kawasan kubur Ummu Mihjan.



Setelah ketibaan Rasulullah saw di tempat persemadian Ummu Mihjan, baginda saw melakukan solat dan bersabda:



"Sesungguhnya, perkuburan ini penuh dengan kegelapan yang menimpa para penghuninya, namun Allah swt telah meneranginya berkat solatku."



"Hal ini menunjukkan Rasulullah saw memberikan keprihatinan kepada mereka yang membantu menjaga rumah Allah swt. Pengajaran juga, umat Islam tidak seharusnya meremehkan apa jua kebajikan, walaupun sedikit kerana pahalanya amat besar," kata Ustaz Syafiee.



  • Ustaz Muhammad Syafiee Mohamed Hassan mempunyai pendidikan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin, Aqidah Falsafah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >